Ahad, November 29, 2009

fAkTa mEnArIk

tambah pengetahuan anda dengan membaca beberapa fakta menarik yang tidak pernah terfikir di fikiran anda.

FAKTA-FAKTA MENARIK


1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.






2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56
km atau menulis 50,000 perkataan.
America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun.
Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali







3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan
sendi tangan,
jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu






4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari.
Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan
planet Neptune .





5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan
menggangguk bermaksud tidak,




6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.







7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2
minggu untuk melancarkan proses penghadaman.







8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan



9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km



10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.



11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.






12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.



13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan





14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi
tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi






15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.






16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan
tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula
dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.





17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.



18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat
cahaya inframerah dan ultraungu





19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah



20.
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Rabu, November 25, 2009

Sekilas tentang Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

** diambil di Wikipedia.com **

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA






Makkah Pusat Bumi

Pelbagai perbincangan dan perdebatan timbul mengenai penggunaan Waktu Antarabangsa antara GMT (Greenwich Mean Time) dan waktu Makkah.

Dalam kalangan ilmuwan di seluruh dunia, mereka mengetahui bahawa kota Makkah berada tepat di antara Kutub Selatan dan Kutub Utara . Hal ini bukanlah perkara yang baru, namun para saintis tetap memilih GMT sebagai panduan kepada pemilihan Waktu Antarabangsa.

Seorang pemikir ilmuwan Arab, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, mengatakan penelitian moden telah membuktikan bahawa Ka’bah merupakan pusat bumi dan satu-satunya yang merupakan “Zona-Zero”, tempat yang neutral dari pengaruh magnetik. Dan menurut penelitian, hal tersebut membuatkan sesiapa sahaja yang tinggal di Makkah memiliki kesihatan yang lebih baik berbanding dengan manusia normal. Maka, tidak hairanlah, kota Makkah mempunyai warga tua yang berusia lebih 90 tahun yang paling ramai di dunia.

Para Ulama dari seluruh dunia berkumpul dalam konfren di Qatar berjudul “Mecca, the Centre of the Earth, Theory and Practice” (Mekkah: Pusat Bumi, Teori, dan Ibadah) turut membahas masalah penggunaan Waktu Antarabangsa, yaitu mengacu pada Mekkah.
Sepanjang konfren tersebut, seorang saintis Muslim dari Perancis telah menemui kaedah baru menentukan arah kiblat. Beliau telah mencipta kompas penunjuk arah kiblat yang lebih praktikal berbanding yang digunakan sekarang ini. Ujar beliau, kompas ini dapat menyatukan arah kiblat dari seluruh dunia.

Kompas tersebut dirasakan mampu menjawab sebarang kekeliruan terhadap kota Makkah sebagai pusat tengah bumi dan Waktu Antarabangsa. Menurut catatan sejarah, penggunaan Waktu Antarabangsa mula digunakan oleh penjajah British semasa melakukan ekspidisi pelayaran dan penjajahan seawal tahun 1600. Mereka menggunakan sistem pemetaan berdasarkan matahari, yang saat ini dikenali sebagai GMT.

Menurut Wikipedia, Waktu Min Greenwich (GMT) kini digunakan untuk merujuk kepada zon masa Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). GMT dahulunya merujuk kepada waktu min suria di Balai Cerap Diraja, Greenwich, London.

Sistem tersebut kemudiannya digunakan oleh para penjajah lain seperti Belanda dan Portugis. Akibatnya sistem yang diperkenalkan, seakan-akan GMT menjadi “fakta” bahwa GMT merupakan pusat bumi bagi penentuan garisan Waktu Antarabangsa.

Sumber: Syeikh Muhammad Hanis Ad-Dujuni Al-Jawi

Di Sebalik Muslihat Keganasan

Masih ingatkah lagi kita dengan kekejaman yang pernah melanda saudara-saudara kita di bumi Palestin? Israel yang mengganas di Semenanjung Gaza, membunuh orang awam tanpa memperdulikan cemuhan dan kutukan masyrakat dunia terhadap mereka. Mereka ini sekarang seperti Raja Dunia yang berkuasa berbuat sahaja, melanyak segala apa yang dianggap sebagai musuh tanpa ada sesiapa yang mampu menahan kezaliman yang mereka lakukan secara terang-terangan itu.

Mengapa berlaku sedemikian? Bukankah bilangan mereka, bangsa Israel ini sedikit sekali jika dibandingkan dengan umat Islam?. Mengapa umat Islam yang berbilion bilangannya ini tidak mampu mempertahankan saudara seagama mereka di bumi berdarah Gaza ketika ini? Hanya yang mampu kita lakukan hanya berdemonstrasi, menyerahkan memorandum dan pelbagai tindakan yang tidak langsung memberi kesan yang signifikan ke atas nasib penduduk-penduduk islam di Gaza yang tertindas itu. Maka saya kira, kita harus dengan penuh rasa malu mengakui kelemahan kita di dalam menangani hal ini.

Apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari perancangan jangkapanjang dan pengimplementasian perancangan itu oleh Yahudi Zionis. Sebenarnya, musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka berusaha mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan.


Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?

Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama :

Orang-orang Yahudi menggalakkan
maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan berkahwin dan melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman. Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah umat islam seperti haiwan. Kalau umat islam hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam.Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan.

Kalau dia orang politik, jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau tidak bersetuju dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian.

Begitulah umat Islam sudah tidak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan


Selasa, November 24, 2009

Tugu negara-Tahukah anda ia pernah dibomkan?


Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara


Tugu Negara Dibom pada 26hb Ogos 1975


Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.


Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.


Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.


Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.


Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.


Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).


Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).


Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.


Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

Ahad, November 22, 2009

Remaja selepas SPM, persedian untuk kejayaan atau kegagalan?

Umur kemasukan pelajar di peringkat pengajian diploma atau ijazah di Malaysia adalah secara asasnya bermula pada umur 18 tahun. Yakni setelah pelajar itu berjaya memperolehi SPM.

Adalah sesuatu yang melegakan apabila seseorang remaja terutamanya bumiputera berjaya mengharungi liku dan cabaran hidup yang ditempuhi selama enam tahun setelah tamat UPSR dan memperolehi keputusan SPM yang cemerlang.

Ini kerana,pada peringkat umur 13 tahun hingga 17 tahun, setiap remaja di Malaysia akan mulai dipengaruhi dan terdedah kepada pelbagai anasir negatif yang menawarkan nikmat keseronokan sementara yang jika mereka hanyut, merekalah akan menjadi generasi pelapis masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah pada masa hadapan.

Ada pelbagai sebab yang menjadi punca kegagalan mereka, mungkin salahnya adalah berpunca dari kelalaian mereka sendiri, tetapi ibubapa mereka harus juga dipertanggungjawabkan kerana tidak harus membiarkan anak-anak mereka tanpa sokongan dan bantuan yang secukupnya supaya mampu hidup berdikari tanpa perlu menagih bantuan dan simpati masyarakat. Namun,apa yang menyedihkan ada ibu-bapa yang memaksa anak mereka meninggalkan bangku persekolahan lebih awal atas alasan kemiskinan tanpa menyedari tindakan mereka hanyalah tindakan yang mementingkan diri mereka.

Adalah lebih malang jika ada ibu bapa tidak memahami dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk kelangsungan hidup anak-anak mereka pada masa hadapan. Walhal mereka bertanggungjawab untuk memberikan peluang yang terbaik pada anak mereka selaku generasi pelapis.

Semua sedia maklum, disebabkan kadar tabungan masyarakat bumiputera yang rendah, majoriti mereka tidak berupaya menyediakan dana secukupnya bagi setiap anak-anak mereka meneruskan pengajian diperingkat kolej dan universiti. Rata-rata mengharapkan simpati kerajaan dan masyarakat sekililing untuk menghulurkan bantuan.

Jesteru, setiap pelajar terutamanya yang datang dari keluarga yang serba kekurangan, harus sedar untuk mencapai keputusan cemerlang supaya ditawarkan peluang pengajian dengan tanggungan oleh biasiswa. Namum selebihnya, secara terpaksa atau tidak, membiarkan diri mereka mengikat liabiliti seumur hidup dengan meminjam dengan dana dari PTPTN. Jika mereka bernasib baik, keluarga mereka telah bersedia dengan dana pendidikan dan memberi sokongan dan peluang kepada mereka untuk mencapai cita-cita mereka.

Secara amnya, setiap remaja kini boleh meneruskan pendidikan selepas SPM. Peluang untuk meraih kecemerlangan masa depan kini terbuka luas, dari pelbagai kursus-kursus kemahiran, politeknik, hinggalah ke kolej atau universiti awam dan swasta. Pilihan ada ditangan anda, bergantung kepada keputusan SPM yang diterima.

Maka bermulalah satu cabang kehidupan yang baru. Anda mula mengecapi kehidupan dewasa tanpa pengawasan ibu bapa seawal usia 19 tahun. Jika hanyut, anda yang dahulunya cemerlang, akan mulai mengalami bukan sahaja kemerosotan keputusan peperiksaan akhir semester tapi mungkin diantara anda yang mulai hilang pegangan hidup dibawa arus kebebasan hidup. Namun, tidak dinafikan ramai juga antara anda yang dahulunya gagal dibangku sekolah menengah, mulai mengenal erti dewasa dan mula merebut peluang untuk berjaya.

Diperingkat kolej atau universiti, anda perlu merebut peluang dengan menyertai pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan untuk membantu anda memperolehi sijil-sijil sokongan yang akan membuktikan anda adalah individu yang berketerampilan bukan sahaja dari segi kecemerlangan keputusan akedemik tetapi juga aktif dibidang kokurikulum.

Bahkan anda patut merebut peluang untuk mendalami atau mempelajari ilmu2 tambahan diluar skop akademik berdasarkan apa yang anda minati.Aturlah masa untuk menyertai kelas-kelas yang berorientasikan kemahiran seperti memasak, musik, lakonan, solekan, penulisan,pengacaraan,fotografi,dekorasi, baikpulih, animasi, peragaan, dll. Anda bukan sahaja berpeluang mengasah bakat terpendam dgn lebih dalam, bahkan anda akan mendapat pendedahan akan selok belok bidang berkenaaan dan peluang untuk meluaskan pergaulan dengan kelompok masyarakat berbilang bangsa dan umur yang mungkin akan memberi manfaat pada anda jika ditakdirkan anda tidak cemerlang dibidang akademik.

Namun, masih ramai yang gagal mengatasi cabaran fizikal dan mental sewaktu di kolej dan universiti. Ramai yang hanyut, tidak mempunyai kemahiran untuk mengimbangi masa dengan bijak dan tidak fokus pada tujuan asal mereka berada di kolej atau universiti.

Mereka tidak berupaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan, dengan menukar jurusan, atau dengan menukar dan mengulang subjek. Ini bukan sahaja menjejaskan peluang mereka untuk merebut peluang pekerjaan dengan segera, bahkan mengalami risiko, tangunggan pembiayaan mereka ditamatkan oleh pihak biasiswa atau PTPN.

Ada pelbagai faktor yang boleh menjadi punca kegagalan anda, melalui pengalaman dan pemerhatian mereka-mereka yang telah gagal, faktor kegagalan yang saya rumuskan sebagai faktor 5 “L”, yang mengakibatkan anda ‘Losing’ dan tergolong dalam golongan ‘Loser’;

Leisure

Kegagalan anda mengimbangi dan mengawal diri dalam arus keseronokan sementara akan akhirnya meningkatkan risiko anda keciciran. Terutamanya jika anda tidak hadir ke kelas syarahan atau tutorial.

Bukan tidak boleh berseronok tetapi jika anda seorang yang perlu waktu tidur yang cukup untuk bangun pagi, maka, harus memaksa diri anda untuk mengatur masa anda berseronok dengan lebih bijak.

Apa yang memburukkan keadaan jika wang elaun biasiswa,PTPTN habis dibelanjakan untuk menampung aktiviti anda untuk berseronok hinggakan terpaksa mencari sumber kewangan tambahan tanpa mengira halal haram. Apa yang menyedihkan lagi, ada antara mereka sanggup menipu ibu bapa, sahabat andai, saudara mara untuk mendapatkan wang tambahan.

Jika anda seorang yang tidak genius, maka anda harus berusaha keras untuk memperolehi GPA yang cemerlang. Imbangi masa anda dengan bijak dan kenal pasti priority anda selaku pelajar.

Love

Diperingkat umur 18-22 tahun, naluri untuk bercinta, menyintai dan berpasangan menjadi semakin kuat. Ditambah lagi dengan dorongan nafsu yang semakin menjadi-jadi.

Bercinta mempunyai kesan positif dan negatif mengikut kekuatan minda dan emosi anda. Jika bercinta memberi kesan positif terhadap pelajaran anda, teruskan. Jika anda tidak mempunyai kekuatan minda dan emosi yang waras dan stabil,serta mudah hanyut dengan belaian jiwa dan emosi hingga menggangu fokus anda pada pelajaran, berkawan bukan sahaja lebih bijak malahan menguntungkan anda. Keep yourself available dan biarkan mereka mengejar diri anda.
Anda harus memberikan diri anda kebebasan untuk memilih jalan hidup dan kebahagiaan mengikut acuan anda tanpa pengaruh rakan,ibu-bapa,saudara mara dan juga kekasih anda.Bahkan diwaktu ini, tidak ada sesiapa yang patut mengongkong anda untuk membuat pilihan berdasarkan keyakinan anda untuk mendapatkan hanya yang terbaik.
Pada anda yang tidak bernasib baik ‘dipasaran’ jangan jadikan ia satu bebanan jiwa yang melunturkan semangat anda untuk. Nasib anda lebih baik apabila anda memasuki alam pekerjaan.Bahkan berani saya katakan, ramai dikalangan pelajar lelaki dan perempuan mulai makeover imej dan personaliti mereka sejurus sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Jangan terperanjat, dengan kemampuan wang ringgit ditangan anda, anda mampu makeover diri anda untuk menjadi lebih hot dari rakan2 yang menjadi kegilaaan ramai di kampus dahulu.Jadi bersabar dan kejarlah kebahagiaan jangka panjang. Jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan perangkap2 cinta yang tidak memberi keuntungan pada masa depan anda.Berkawan dan luaskan pergaulan supaya ianya lebih memberi manfaat yang berguna untuk anda.

Sesungguhnya percintaan hanyalah satu permainan minda.Jangan biarkan ia menguasai fikiran dan jiwa anda!

Lost

Sesat. Jangan terperanjat jika saya katakan,ramai pelajar yang hilang arah tuju sewaktu diuniversiti atau kolej. Mereka ini mungkin terpinga-pinga dengan persekitaran baru, dan lambat untuk memahami, dan menyesuaikan diri dengan peraturan , sistem dan budaya yang mungkin asing bagi mereka sebelum ini.

Saya berani katakan, ada ramai pelajar yang tidak memahami corak dan budaya pendidikan di kolej dan universiti dan kesannya jika mereka gagal, mengulang,atau menukar jurusan mereka.

Jika di sewaktu sekolah menengah mereka disuap dan dibantu oleh guru-guru,diselia dan diawasi oleh guru-guru dan pihak sekolah. Di universiti atau kolej majoriti pensyarah dan tutor mengharapkan pelajar mereka untuk lebih berdikari. Pelajar harus berusaha sendiri untuk mendalami sesuatu tajuk atau tugasan.

Tiada lagi paksaan untuk menghadiri kuliah, atau tutorial, tiada yang peduli jika tugasan tidak disiapkan atau dihantar. Mereka yang leka dan hanyut akan terus hanyut sehingga mungkin hanya sedar setelah pengajian mereka digantung atau pembiayaan biasiswa mereka ditarik balik.

Sebilangan besar mereka terdiri dari mereka yang tidak mampu berdikari, hingga setiap sesuatu yang dilakukan perlu dilakukan dengan secara bersama dengan kumpulan sahabat yang “sebulu” dengan mereka sahaja.

Sehinggakan waktu makan, waktu kelas mereka diatur mengikut persetujuan bersama. Mereka takut untuk bergaul dengan lebih ramai orang dari pelbagai latar belakang dan tidak ingin kelihatan menyendiri. Ada yang sanggup menyertai kelas pagi, walaupun seorang yang sukar untuk bangun pagi dan mungkin menyertai jurusan yang tidak diminati, hanya untuk bersama dengan geng yang sebulu dengan mereka.

Adalah amat merugikan jika anda masih enggan keluar dari kepompong alam sekolah menengah, seolah-olah tidak boleh berpisah dengan kawan yang satu sekolah,sekampung, setaman dengan anda.

Oleh itu bebaskan diri anda dari rantai-rantai negatif yang tidak memberi keuntungan pada diri anda. Pupuklah semangat yakin diri dari hari pertama anda memasuki universiti dan kolej, Kenali diri anda,kekuatan dan kelemahan anda, dan berpeganglah pada prinsip-prinsip positif diri anda dan asal usul anda.

Anda juga harus bijak memilih kawan. Pastikan anda tidak terlalu terikut dan terikat pada satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, anda harus bijak menguasai persekitaran supaya ia memberi manfaat pada diri anda terutama kepada prestasi pelajaran dan masa depan anda.

Selain dari itu, fahami lah peraturan dan sistem yang digunapakai di universiti atau kolej anda. Sistem pendidikan menengah adalah jauh berbeza dengan sistem pendidikan di universiti dan kolej. Pilihlah kolej, universiti dan jurusan pengajian yang besesuaian dengan kelulusan dan minat anda. Buatlah kajian latar belakang berkenaan jurusan dan masa depan kursus dan jurusan yang dipilih, serta tempat pengajian sebelum membuat keputusan

Rujuklah dengan pejabat dekan, atau pegawai hal ehwal pelajar jika anda tidak pasti atau google terlebih dahulu di internet.Jangan bertanya pada rakan-rakan kerana kemungkinan mereka juga sesat seperti anda.

Late

Percaya atau tidak, tabiat lambat atau leka adalah sindrom buruk yang jika dibiarkan menjadi budaya dan tabiat diri akan menjadikan anda seorang yang perlahan minda dan fizikal.

Masakan tidak, jika anda menjadikan lambat dan leka satu budaya diri anda maka, anda akan ketinggalan dari segenap segi. Mungkin terpaksa duduk dibelakang kelas yang bagi saya adalah satu budaya buruk yang pada mereka yang lemah minda dan tidak berkeyakinan diri terutamanya pada pelajar bumiputera.

Anda juga mungkin terpaksa menghadiri kelas syarahan atau tutorial yang bukan mengikut waktu kualiti anda jika ia telah penuh kerana lambat mendaftarkan diri dan pelbagai lagi kesan negatif jangka panjang dan jangka pendek bagi anda yang suka membudayakan lambat sebagai salah satu jati diri anda.

Lazy

Malas, merupakan penyakit mental yang jika tidak mampu dikawal akan memberi kesan jangka panjang kepada anda selaku pelajar.

Apabila malas, mereka menangguh kerja, bersikap tidak apa, dan mementingkan aktiviti berseronok yang bersifat sementara.Mereka gagal merancang masa dengan bijak dan suka mengambil jalan mudah untuk berjaya.

Mereka malas melakukan kajian mendalam,tidak mengambil tumpuan secara terperinci terhadap tugasan.Meniru, ciplak atau plagiat menjadi satu budaya yang tidak asing. Apa yang menyedihkan apa yang ditiru tidak diolah dengan pendekatan baru untuk menjadikannya sesuatu yang lebih baik tetapi tidak langsung difahami dan menyimpang dari konteks yang dikehendaki. Oleh itu, mereka gagal mempraktikkan apa yang dipelajari apabila memasuki alam pekerjaaan.

Apabila fokus dan tanggungjawab selaku pelajar tidak diberi keutamaan, budaya tidak apa, menangguh dan berhiburan secara berlebihan akan memakan diri mereka di kemudian hari.Malahan, jika berjaya menamatkan pengajian pun, mereka akan menjadi liabiliti syarikat apabila memasuki alam pekerjaaan kelak.

Sesungguhnya, alam universiti atau kolej merupakan satu medan peperangan minda bagi anda. Jika anda tewas, akibat buruknya harus ditanggung anda seumur hidup anda yang bukan sahaja memberi kesan kepada taraf kehidupan anda di masa depan, tetapi masa depan keluarga yang akan di bina kelak.

Jangan biarkan diri anda menempah tiket kehidupan sengsara apabila memasuki alam kehidupan bermasyarakat kelak. Saya pasti, anda pasti mahukan semua yang terbaik bagi diri anda yang sememangnya dilahirkan untuk menjadi insan yang terbaik.Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak diasah dengan usaha dan keazaman yang tinggi.

Orang yang gagal suka beralasan, suka menunding jari akan kegagalan mereka pada orang lain dan suka memberi 1001 sebab kenapa mereka sebenarnya ‘memilih’ untuk gagal. Anda, adalah apa yang anda mahukan. Anda berjaya kerana anda mahu berjaya, anda gagal kerana anda memilih untuk gagal.

Ukuran Kejayaaan dan kegagalan adalah sesuatu yang subjektif terpulang pada anda sendiri. Pilihan ditangan anda.

Blog Pusat Sumber Sekolah SEMENDA!!!


Nampaknya SEMENDA melangkah maju setapak lagi dengan wujudnya Blog PSS Semenda...Kami sebagai mantan pelajar mengucapkan tahniah kerana bagi kami,dengan wujudnya perkembangan media baru hari ini telah membuatkan dunia tanpa sempadan..Kami juga merasakan amat dekat dengan pihak sekolah walaupun hampir 1 tahun kami meniggalkan Semenda...

Dengan ini kami sertakan link untuk ke Blog PSS Semenda....


http://smkdatukabdullah.blogspot.com/

Jumaat, November 20, 2009

Pengiraan Merit Ke IPTA Lepasan SPM sesi 2010/2011

Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.
Perubahan ini selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini .
Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-.
Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14. Gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (8), 6C kepada C (6), 7D kepada D(4), 8E kepada E (2) dan 9G kepada G dengan merit sifar

Gred--------- Merit
A+ ------------18
A -------------16
A- ------------14
B+ ------------12
B -------------10
C+ ------------8
C -------------6
D -------------4
E -------------2
G ------------0

Bagaimanapun, kaedah baru ini akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah.
Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009.
Ini bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.
Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara.
Kementerian Pengajian Tinggi juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran.

Sumber : Bernama

KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA

Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.


Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+.
Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.


Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
Penentuan Aliran
Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :


Aliran Sains

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan


Aliran Sastera

Bahasa Malaysia
Matematik
Sains
Sejarah
Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral


Pengiraan Merit
Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.
Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.


Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :
90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan

30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.
Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Matematik A+
Matematik Tambahan A
Fizik A-
Kimia A
Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)
Matematik A+ = 18
Matematik Tambahan A = 16
Fizik A- = 14
Kimia A = 16
Biologi A- = 14JUMLAH 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)
Bahasa Melayu A+ = 18
Bahasa Inggeris A+ = 18
Pendidikan Islam A+ = 18JUMLAH 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78

Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90= (78 + 30)/120 x 90= 81


Pengiraan Merit Aliran Sastera
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-

Bahasa Melayu
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;

30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran;
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pengetahuan Moral B+
Sejarah C+
Matematik B
Sains B
Perdagangan C+
Ekonomi Asas C
Ekonomi Rumah Tangga A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)
Bahasa Melayu A+ = 18
Matematik B = 10
Sains B = 10
Sejarah C+ = 8
Pengetahuan Moral B+ = 12JUMLAH 58
3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera)
Bahasa Inggeris A+ = 18
Ekonomi Rumah Tangga A = 16
Sejarah C+ = 8JUMLAH 42

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58

Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3

Jumlah Markah Akademik= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90= (58 + 23.3)/120 x 90= 60.9

Penyediaan Susunan Merit (Ranking)
Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;

Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;

Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.

Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).

Semakan Ke UiTm sesi Disember 2009


Klik pada link di bawah....


http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=selprog


Jom menjadi pengikut/Followers blog ini!!!!!


Tunjukkan sokongan anda kepada Blog ini sebagai wadah penyambung Silaturrahim kepada anda semua.....

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam."Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin. "Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh."Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

p/s:-Semoga yang terjadi kepada adik Siti ini tidak mematahkan semangat untuk belajar...Sesungguhnya kejayaan anda harapan semua..Kami dj jawatankuasa Blog juga mengharapkan kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan UPSR dengan cemerlang,teruskan prestasi anda...Kepada yang Kurang cemerlang teruskan usaha anda kerana gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Allah Maha Besar....

Sabtu, November 14, 2009

Ambil Manfaat Daripada Fenomena Sejadah Berdiri

Manfaat yang boleh dikongsikan dengan orang ramai berkenaan fenomena sejadah berdiri mungkin perkara-perkara ini:

  1. Karomah/maunah adalah perkara luar biasa yang boleh terjadi, tapi perkara luar biasa itu kebiasaannya adalah perkara yang bermanfaat, contohnya keluar air dari celah batu yang dipukul, ada manfaatnya, tapi kalau sejadah berdiri, apa manfaatnya?
  2. Satu lagi perkara luar biasa yang boleh terjadi adalah sihir, dan perkara sihir itu banyak yang tidak bermanfaat, malah mengundang kesusahan atau hanya perkara sia-sia.
  3. Terdapat golongan jin yang mampu menggerakkan/mengalih/mengangkat barang-barang yang bukan di alamnya, dalilnya ada dalam sirah Nabi Sulaiman A.S.
  4. Jika tidak kerana rekaan/penipuan manusia, mungkin fenomena sejadah berdiri adalah sekadar perbuatan jin sama ada mereka ada tujuan buruk atau baik melakukannya.
  5. Umat Islam sepatutnya tidak tertunggu-tunggu perkara-perkara ajaib sepertinya untuk mengagungkan Allah sedangkan keagungannya sangat banyak bertebaran di seluruh alam, hanya yang perlu ialah mendorong akal untuk berfikir berkenaannya.

Sama-samalah kita kongsikan dengan rakan-rakan lain yang tak membaca di sini.

Kategori Perkara Ajaib

Bersama-sama ini, disertakan juga sedikit perincian berkenaan perkara-perkara ajaib, luar biasa dan tak masuk akal. Ianya boleh dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu:

  1. Mu’jizat: keajaiban hanya pada rasul-rasul, contohnya tongkat Nabi Musa A.S jadi ular besar.
  2. Irhas: keajaiban pada mereka yang akan jadi rasul ~ contoh: Nabi Isa A.S berkata-kata ketika dalam buaian pada usia bayi.
  3. Keramat: pada yang alim, wali, zuhud, wara` soleh, bertakwa, berlaku secara kebetulan (atas kehendak Allah) bukan belajar, contohnya kisah pemuda-pemuda tidur berzaman-zaman dalam gua (rujuk Surah Al-Kahfi).
  4. Maunah: pertolongan Allah S.W.T yang berlaku pada orang biasa baik muslim atau kafir.
  5. Ihadah: penghinaan sewaktu-waktu atau tiba-tiba terhadap orang yang sombong ~ contoh Firaun kononnya kekal hidup akhirnya mati ditelan laut, Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim tak lut.
  6. Istidraj: berlaku pada orang fasik@kafir pada waktu kehancurannya, dengan izin Allah: contoh Firaun dan tenteranya dapat jalan dalam laut kejar Nabi Musa.
  7. Sihir: melibatkan bantuan jin/syaitan dengan disedari atau tidak disedari penglibatannya, biasanya disyaratkan melanggar syariat Islam.
  8. Ain: kerosakan/kesakitan luar biasa berlaku tiba-tiba akibat pandangan mata manusia/jin yang mempunyai hasad dalam hatinya, boleh berlaku daripada mata orang alim, orang biasa, orang kafir, tidak berlaku dengan cara dipelajari, tiada langkah-langkah tertentu untuk dilakukan.

Rabu, November 11, 2009

Ucapan Tahniah Atas Kejayaan Merangkul Piala Malaysia

Semoga Kejayaan ini akan memberi perangsang kepada semua




Tips-Tips menghadapi musim akhir Peperikasaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali Ahli jawatankuasa blog memohon kemaafan kerana blog ini agal lama tidakdi update kerana semua ahli jawatankuasa amat sibuk sekarang ini.Namun syukur kehadrat Allah kerana memberi kelapangan bagi kami menulis di blog ini.

Kami memohon maaf juga kerana lambat menerbitkan artikel ini dan kami berharap agar semua calon-calon Spm dan juga sahabat-sahabat perjuangan yang bakal menduduki peperiksaan Semester dapat mengambil rujukan mengenai artikel ini..


1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah

“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45)

2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.

3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan.Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.

4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari AllahBarangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 1000 dinar)

5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati AllahOrang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)