Selasa, April 27, 2010

Pendedahan kepada junior...

Assalammualaikum...
To all my batch spm 2008....... aku ader plan nak buat ala ala ceramah dkt semenda pasal ipta, politeknik, maktab, form6, matrikulasi dan ipts.... oleh yg demikian, aku berharap agar kalian dapat mencari sebanyak mungkin informasi mengenai institut pengajian anda.. justeru itu, bagi memudahkan kerja pencarian, anda dikehendaki bergabung dengan rakan2 anda yang sama institusi...
informasi tersebut boleh diaplikasikan dalam bentuk power point atau sebagainya asalkan mampu memberi pendedahan yang secukupnya.. program ini akan diadakan pada pertengahan bulan enam.. tarikh sebenar akan diberitahu kemudian..harap kalian semua dapat membantu adik adik kita di sana....aku akan dapatkan kepastian korang pada 23.05.2010...sebarang pertanyaan sila ajukan kepada ajk tertinggi blog..

Jumaat, April 09, 2010

SELOKA BUAT PENDIDIK SEMENDA

Gaya berjalan ayu parasnya,
Kembara merah selalu dipandunya
Wajah serius bertambah garangnya
Namun Puan Normah tetap ku puja.

Berkaca mata segak gayanya,
Berwaja hitam tampak garang,
En. Baharin Sulaiman itulah orangnya,
Guru cemerlang disandang sekarang.

Orangnya garang kurang senyuman,
Bila berucap gigi terkatup,
Puan Zuraidah guru sanjungan,
Pelajar menghadap semua gugup.

Bermotosikal jimat belanja,
Bersikap selamba,dan juga kelakar,
Bila berucap ada saja lawaknya,
Encik Alias penghibur pelajar.

Myvi hitam kereta barunya,
Sayang sekali kemek pintunya,
Haji Mohamad petah berbahasa,
Tiada seorang mampu menandinginya.

Dari jauh nampak garangnya,
Bila berbicara tak kering gusi,
Ketika mengajar ada saja formulanya,
Puan Azizah penghibur hati.

Maths subjek selalu diajarnya,
Bila salah ada sahaja ideanya,
Cik Hjh Roslina cantik orangnya,
Setiap ilmunya lekat diminda.

Sebut sejarah, ada aje komennya,
Berkancil biru, serius wajahnya,
Bila mengajar ada aje nak dikacaunya,
Encik Taib selalu buat pelajar ketawa.

Berjanggut kemas berkumis rapi,
Suka mengacau itulah hobinya,
Ustaz Syukur lalu, semua ke tepi,
Al -Quran as- Sunnah paling digemarinya.


Dahulu Naza, sekarang Estima,
Masalah pelajar semua diketengahkannya,
Nak katakan kaunselor bukanlah dia,
Puan Hjh Zuraini ada saja yang tak kena.

Perodua kembara hitam warnanya,
Nak jadi polis itu citanya,
Subjek B.M penting baginya,
Itulah Puan Aslina lagi tegas orangnya.

Ke bilik guru terdengar lagu,
Kusangkakan radio, rupanya penyanyi,
Lagu yang dinyanyi sungguhlah merdu,
Ustazah Lela penghibur dikala sunyi.

Gaya jalannya umpama datin,
Bila berselisih senyuman diberinya,
Puan Zarina masih lagi maintain,
Walaupun pelbagai cabaran ditempuhnya.

Pandai berbahasa, kusangka Melayu,
Kulitnya putih rupanya Cina,
Encik Chong memang begitu,
Bila mengajar bergegar kelasnya.

Dia seorang yang ganjil disekolah,
Kebolehannya sangat tidak ku jangka,
Berhati hati pelajar bermasalah,
Awas Puan Punitha berdisiplin orangnya.

Orangnya segak lagi bergaya,
Keretanya semua keluaran perodua,
Mukanya garang baik hatinya,
Encik Johari sangat penyayang orangnya.

Kecil molek berkaca mata,
Perihal IMTIYAZ semua diuruskannya,
Puan Siti Asiah manis senyumannya.
Tapi awas kalau tak siapkan kerjanya,

Anaknya ramai tidak terkira.
Dididik dengan penuh berwibawa,.
Subjek geografi amat diminatinya,
Puan Jaliah Nor, amat penyayang orangnya.




Berwaja emas laju dipandunya
Dari seremban hingga Astana Raja,
Puan Norlin pemurah orangnya,
Agar pelajarnya terus bejaya.

Setiausaha peperiksaan sudah dipikulnya,
Maria dan Maulana peneman hidupnya,
Beravanza hitam, B.I subjeknya,
Puan Faridah Yusuf manis orangnya.

Sekejap ada sekejap tak ada,
Wajahnya serius garang orangnya,
Budak bola semua dijaganya,
En. Zubir memang bertanggungjawab orangnya.

Berwajah serius guru disiplinlah dia,
Pelajar bermasalah pasti menghadapannya,
Orangnya segak lagi bergaya,
Itulah En. Sahak berdedikasi orangnya.

Berkaca mata bersaga kelabu,
Pelajar asrama semua sayangnya,
Setiap malam pelajar akan menunggu,
Tibanya En. Sadiman mencurah ilmunya.

Di blok K.H duduk bersorangan,
Menunggu pelajar tak kira jemu,
Puan Noraini penuh kenangan,
Tidak pernah bosan menyumbang ilmu.

Nak katakan rasaksa bukanlah dia,
Pantang berjumpa, lepuk diberinya,
Bila ditanya, bergurau jawabnya,
En. Zahari sangat bijak orangnya.

Badannya kurus berkacamata,
Bila mengajar murid gembira,
Bila ditanya ada saja ideanya,
En Ali Kasturi pelawak orangnya.








Bila berjalan, perhatikan tangannya,
Hidungnya mancung bukan kepalang,
Bermain petanque itulah hobinya,
Encik Nasir memang seorang pemenang.

Wajahnya manis ayu sekali,
Tak memilih pelajar mencurahkan bakti,
Niat Cik Faizah sungguhlah murni,
Senyumannya terus memikat hati.

Gaya jalannya sangat ku geruni,
Tapi hatinya sangat memahami,
Masalah pelajar Puan Suriani ketahui,
Nasihat dan teguran sentiasa diamati.

Berkancil merah Siliau kampungnya,
Nak pinjam buku teks jumpalah dia,
Subjek P.A.I pasti diajarnya,
Ustazah Syarifah ceria orangnya.

Bercitra putih molek orangnya,
Sungguh pun kecil cili padi pedasnya,
Puan Rashidah memang baik orangnya,
Memberi nasihat tatkala berjumpa.

BerGen2 oren laju dipandunya,
Senyumnya manis lagi bergaya,
Tmn Sri Rembau tempat tinggalnya,
Puan Noraishah tetap lincah orangnya.

Ibarat Datin gaya jalannya,
Subjek B.M baginya penting,
Hendak berdebat berguru dengannya,
Puan Zaharah tetap guru yang sporting

Honda City selalu dipandunya,
Perihal biasiswa jumpalah dia,
Ahli perniagaan kerjaya sambilannya,
Puan Zabidah tetap cekal orangnya.






Ke Linggi Poultry Farm pulanglah dia,
Wajahnya ayu umpama bulan,
Persatuan Pengakap penting baginya,
Puan Zainiyah memang penyayang orangnya.

Mengajar S.R.T amat diminatinya,
Sungguhpun slumber baik orangnya,
Puan Rozidah kecoh orangnya,
Kalau bertengkar nak menang sahaja.

Sungguhpun pendiam rajin orangnya,
Mempunyai anak meminati kereta,
Bersaga baru, elok dijaganya,
Nasihat Puan Rozita sentiasa kupuja.

Berwira hitam kemas dijaganya,
Sungguh cantik dan bergaya orangnya,
Senyuman kurang manisnya ada,
Itulah Puan Farah serius orangnya.

Mengajar Matematik mestilah peka,
Jikalau bermain denda diberinya,
Ilmu Puan Jamilah sungguh berguna,
Buat tatapan pelajar semua.

Prinsip perakaunan amat diminatinya,
Kalau tak faham jumpalah dia,
Puan Rogayah berkaca mata orangnya,
Dalam senyumnya ada garangnya.

Gelaran Mak Mek dan Mohd diberinya,
Sentiasa ketawa menceriakan kelas,
Puan Norliza, fizik diajarnya,
Pelajar tak faham dia mula mengganas.

Avanza merah Legung duduknya,
Sentiasa bergaya mendidik pelajar,
Puan Hazwanita manis senyumannnya,
Pelajar dapat apa yang diajar.

Bila bercakap tak lekang loghatnya,
Sentiasa segak ke mana sahaja,
Selain guru pensyarah kerjayanya,
Encik Mohd Razi guru bergaya.



Sentiasa serius ke sana ke mari,
Pelajar bersalah semua dilindungi,
Segala nasihat ,teguran diamati,
Puan Zaleha tetap kekal di hati.

Ke hulu ke hilir ke sana ke sini,,
Merancang program tak pernah sepi,
Jalankan tugas penuh dedikasi,
Senyuman Puan Mariani sentiasa dipipi.

Namanya sentiasa dalam kenangan,
Takkan ku lupa walau seketika,
Puan Abesah dalam ingatan,
Mencurah bakti tak kira ketika.

Kejap ada kejap tak ada,
Menyembunyi diri di makmal computer,
Encik Mazlan memang bergaya,
Dirinya mahir dalam bidang computer.

Dua tiga si kucing berlari,
Mana nak saya si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama guru yang penyayang.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di atas peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada idea yang panjang,
Bolehlah saya berseloka lagi.

Sekian Terima Kasih……






Hasil nukilan……lu pikirlah sendiri !!!!!
Assalamualaikum …