Ahad, Mei 17, 2009

Selamat Hari Guru, Cikgu

Bersempena hari yang bermakna iaitu Hari Guru bertarikh 16 Mei, MAntan Pelajar Semanda sesi 2008 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar, cikgu-cikgu SEMENDA yang sabar mengajar kami, melayani kerenah kami dan menasihati kami.Jasamu tidak akan kami lupakan cikgu. Doakan anak-anak didikmu yang berjuang di Menara Gading ini. Maafkan kami cikgu jika ada kesilapan yang kami pernah lakukan sehingga terguris hatimu. Terimalah dari kami :







Terima Kasih Cikgu

Edisi Khas : Selamat Hari Guru untuk Cikgu Cikgi di seluruh Malaysia !!!




Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetlaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat


.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa


;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat


Usman Awang1979

Selasa, Mei 12, 2009

IKUTILAH BLOG INI....

Mari bersama-sama kami menjadi pengikut blog ini sebagai tanda sokongan kepada penubuhan blog ini yang telah mencipta sejarah apabila blog ini telah dikunjungi lebuh dari 1 ribu orang semenjak blog ini diwujudkan.....

Bagaimana mahu mengikuti blog ini????Senang sahaja,anda hanya pergi di bahagian tepi blog ini di bahagian pengikut dan mengisi maklumat yang diminta...


Mereka sudah menyertai...Anda bila lagi?????



Mari memberi sokongan kepada blog ini sebagai teras perhubungan mantan pelajar semenda........


Kami juga meminta mantan pelajar semenda yang mempunyai blog,sila memberitahu kami url blog anda kerana kami ingin link kan blog anda dari blog ini......


Terima Kasih...........