Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan bekas pelajar - pelajar S.M.K Datuk Abdullah sesi 2004-2008 @ SPM'08 untuk sentiasa menghubungi dan berinteraksi secara online antara satu sama lain selaras dengan pembangunan IT yang semakin di terapkan kepada golongan remaja pada hari ini .Blog ini juga akan memaparkan berita-berita yang berkait rapat dengan sekolah,dan program-program bagi SPM 2008.sebarang paparan mahupun info yang dipertontonkan adalah hasil bekas pelajar SEMENDA sendiri.
Sabtu, Disember 18, 2010
Reunion
Salam semua,
Satu reunion akan diadakan di Melaka dimana jawatankuasa reunion ini diketuai oleh Saudara qamarul dan Saudara Hisham...Terdapat sedikit bayaran dikenakan bagi pesanan makanan.Oleh itu sebarang pertanyaan mahupun persoalan boleh dikemukana ke laman Facebook Sdr. Qamarul ataupun Sdr. Hisham...
Semoga reunion ini dapat mengumpulkan kembali rakan-rakan kelas yang sudah berpisah hampir 2 tahun...:-)
Selasa, November 23, 2010
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM
TIPS-TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Selasa, November 16, 2010
apa itu hari raya aidiladha??
- Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia.Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
- Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
- Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahimdalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
- Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
- Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
- Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yangdikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
- Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Kepada semua warga SEMENDA & seluruh umat islam di dunia
Isnin, Ogos 09, 2010
Logo Rasmi Blog Alumni S.M.K Datuk Abdullah 2004-2008
Pihak organisasi blog mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Muhammad Firdaus Bin Ishak diatas hasil kerjanya ini yang mana merupakan satu sumbangan besar ke atas blog dan alumni ini...
Insyallah jika mempunyai cadangan mahupun pandangan mengenai logo ini boleh dikemukakan di bahagian sembang blog....
Insyallah,projek seterusnya yang masih dalam perancangan ialah ingin membuat baju khas untuk alumni yang mungkin boleh dijadikan kenangan sepanjang bersekolah di S.M.K Datuk Abdullah ini..
Pihak pentadbiran blog amamt mengharapkan sokongan,pandangan mahupun cadangan daripada alumni-alumni yang lain...
Terima kasih,wassalamn....
Jumaat, Jun 25, 2010
MENGORAK SETAPAK LAGI KE HADAPAN
Kewujudan media baharu kini harus digunakan dengan sebaiknya kerana jika kita menggunakan dengan kebaikan maka kebaikan akan datang,jika kita menggunakannya untuk kejahatan maka musibah pasti akan menimpa.
Media baharu kini membolehkan bekas pelajar berhubung malah boleh merancang aktiviti seperti reunion dan sebagainya.Oleh itu kami mengharapkan agar rakan-rakan bersama-sama membantu kami dalam menjejaki sahahat-sahabat yang satu ketika dahulu bersekolah bersama dengan kita unutk menyertai kumpulan ini bagi kemudahan untuk masa hadapan...
Terima kasih...
Khamis, Jun 24, 2010
Rahsia Jari Kita
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?
*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila
Isnin, Jun 07, 2010
(petikan drpd laman web www.amanpalestin.net)
Seruan daripada Allah s.w.t. kepada seluruh mukminin. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan. Kekecewaan tidak akan bergabung dengan keimanan, kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza.
Ini adalah kewajiban setiap individu..
- Qunut - Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.
- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
- Mendermalah untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan diumumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara terus samada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.
- Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api).
- Menyumbanglah dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi Palestin, maka menyumbanglah dengan darah kamu untuk menyelamatkan para mujahidin di sana).
- Luahkan kemarahan kamu dengan segala wasilah yang dibenarkan - sertailah perhimpunan yang disusun secara sah di stadium dan dataran di peringkat negeri atau kebangsaan ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan kampung.
- Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkanlah sms dan emel.
- Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamu menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin).
- Wahai para pemudi dan wanita yang beriman mendermalah dengan barang-barang perhiasan yang kamu miliki.
- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh:-
- Para Pendakwah: Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
- Ahli Parlimen: Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
- Ahli Politik dan Parti: Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
- Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
- Wartawan: Sertailah dengan kalimah : melalui bahan bacaan ataupun televisyen, sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.
Kewajiban secara jama'ie
Semua Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin.." (At-Taubah : 105)
Aman Palestin
www.amanpalestin.net
by:ibnu kamil
Barisan pentadbiran & guru-guru SEMENDA (terbaru)
PENGETUA | Mohd Tahir Bin Mustapha |
GPK 1 | Jalaludin Bin Dzulkafli |
GPK HEM | Zuraidah Binti Md Nor |
GPK Koko | Aliyas Bin Ahmat |
GKMP Bahasa | Mohmad Bin Yusof |
GKMP Kemanusiaan | Mohmad Taib Bin Abdullah |
GKMP Sc & Math | Azizah Binti Mahat |
GKMP Tek & Vok | Roslina Binti Abdullah |
Kaunselor | Mariani Binti Tukimin |
Zaleha Binti Abu Bakar |
Guru-Guru
- Baharin Bin sulaiman
- Ali Kasturi Bin Ab Manap
- Rogayah Binti Hashim
- Jamilah Binti Husin
- Norliza Binti Baharum
- Faridah Binti Md Yusof
- Zubir Bin Mohd Tan
- Zaharah Binti Sulaiman
- Zainiyah Binti Zainal
- Jasmah Binti Hussain
- Sharifah Binti Nordin
- Zuraini Binti Yaakub
- Siti Asiah Binti Ibrahim
- Shahlawati Binti Mohamed Sah
- Norlin Binti Mohd Razi
- Mohamad Sadiman Bin Saminoh
- Sahak Bin Abdul Hamid
- Chong Chan Loong
- Rasidaah @ Rashidah Binti Mohd Said
- Abd Nasir Bin Hasan
- Mohd Radzee Bin Md Akir
- Jaliah Nor Binti Jalil
- Suriani Binti Mohamed Shah
- Abdul Shukor Bin Mustapha
- Noor Hazzuanita Binti Noordin
- Mazlan Bin Abdullah
- Nor Hafizah Binti Dandam
- Noraishah Binti Abas
- Aslina Binti Alias
- Mohamad Hussen Bin Ibrahim
- Norfaizah Binti Paisan
- Rozidah Binti Omar
- Noor Fauzani Binti Dollah
- Fadzliza Bin Chik Tak
- Johari Bin Ismail
- Lela Natrah Binti Anuas
- Noraini Binti Abu Bakar
- Zarina Binti Mohd Isa
- Ruzita Binti Rahmat
- Zabidah Binti A. Khalid
by: ibnu kamil
Selasa, April 27, 2010
Pendedahan kepada junior...
Jumaat, April 09, 2010
Gaya berjalan ayu parasnya,
Kembara merah selalu dipandunya
Wajah serius bertambah garangnya
Namun Puan Normah tetap ku puja.
Berkaca mata segak gayanya,
Berwaja hitam tampak garang,
En. Baharin Sulaiman itulah orangnya,
Guru cemerlang disandang sekarang.
Orangnya garang kurang senyuman,
Bila berucap gigi terkatup,
Puan Zuraidah guru sanjungan,
Pelajar menghadap semua gugup.
Bermotosikal jimat belanja,
Bersikap selamba,dan juga kelakar,
Bila berucap ada saja lawaknya,
Encik Alias penghibur pelajar.
Myvi hitam kereta barunya,
Sayang sekali kemek pintunya,
Haji Mohamad petah berbahasa,
Tiada seorang mampu menandinginya.
Dari jauh nampak garangnya,
Bila berbicara tak kering gusi,
Ketika mengajar ada saja formulanya,
Puan Azizah penghibur hati.
Maths subjek selalu diajarnya,
Bila salah ada sahaja ideanya,
Cik Hjh Roslina cantik orangnya,
Setiap ilmunya lekat diminda.
Sebut sejarah, ada aje komennya,
Berkancil biru, serius wajahnya,
Bila mengajar ada aje nak dikacaunya,
Encik Taib selalu buat pelajar ketawa.
Berjanggut kemas berkumis rapi,
Suka mengacau itulah hobinya,
Ustaz Syukur lalu, semua ke tepi,
Al -Quran as- Sunnah paling digemarinya.
Dahulu Naza, sekarang Estima,
Masalah pelajar semua diketengahkannya,
Nak katakan kaunselor bukanlah dia,
Puan Hjh Zuraini ada saja yang tak kena.
Perodua kembara hitam warnanya,
Nak jadi polis itu citanya,
Subjek B.M penting baginya,
Itulah Puan Aslina lagi tegas orangnya.
Ke bilik guru terdengar lagu,
Kusangkakan radio, rupanya penyanyi,
Lagu yang dinyanyi sungguhlah merdu,
Ustazah Lela penghibur dikala sunyi.
Gaya jalannya umpama datin,
Bila berselisih senyuman diberinya,
Puan Zarina masih lagi maintain,
Walaupun pelbagai cabaran ditempuhnya.
Pandai berbahasa, kusangka Melayu,
Kulitnya putih rupanya Cina,
Encik Chong memang begitu,
Bila mengajar bergegar kelasnya.
Dia seorang yang ganjil disekolah,
Kebolehannya sangat tidak ku jangka,
Berhati hati pelajar bermasalah,
Awas Puan Punitha berdisiplin orangnya.
Orangnya segak lagi bergaya,
Keretanya semua keluaran perodua,
Mukanya garang baik hatinya,
Encik Johari sangat penyayang orangnya.
Kecil molek berkaca mata,
Perihal IMTIYAZ semua diuruskannya,
Puan Siti Asiah manis senyumannya.
Tapi awas kalau tak siapkan kerjanya,
Anaknya ramai tidak terkira.
Dididik dengan penuh berwibawa,.
Subjek geografi amat diminatinya,
Puan Jaliah Nor, amat penyayang orangnya.
Berwaja emas laju dipandunya
Dari seremban hingga Astana Raja,
Puan Norlin pemurah orangnya,
Agar pelajarnya terus bejaya.
Setiausaha peperiksaan sudah dipikulnya,
Maria dan Maulana peneman hidupnya,
Beravanza hitam, B.I subjeknya,
Puan Faridah Yusuf manis orangnya.
Sekejap ada sekejap tak ada,
Wajahnya serius garang orangnya,
Budak bola semua dijaganya,
En. Zubir memang bertanggungjawab orangnya.
Berwajah serius guru disiplinlah dia,
Pelajar bermasalah pasti menghadapannya,
Orangnya segak lagi bergaya,
Itulah En. Sahak berdedikasi orangnya.
Berkaca mata bersaga kelabu,
Pelajar asrama semua sayangnya,
Setiap malam pelajar akan menunggu,
Tibanya En. Sadiman mencurah ilmunya.
Di blok K.H duduk bersorangan,
Menunggu pelajar tak kira jemu,
Puan Noraini penuh kenangan,
Tidak pernah bosan menyumbang ilmu.
Nak katakan rasaksa bukanlah dia,
Pantang berjumpa, lepuk diberinya,
Bila ditanya, bergurau jawabnya,
En. Zahari sangat bijak orangnya.
Badannya kurus berkacamata,
Bila mengajar murid gembira,
Bila ditanya ada saja ideanya,
En Ali Kasturi pelawak orangnya.
Bila berjalan, perhatikan tangannya,
Hidungnya mancung bukan kepalang,
Bermain petanque itulah hobinya,
Encik Nasir memang seorang pemenang.
Wajahnya manis ayu sekali,
Tak memilih pelajar mencurahkan bakti,
Niat Cik Faizah sungguhlah murni,
Senyumannya terus memikat hati.
Gaya jalannya sangat ku geruni,
Tapi hatinya sangat memahami,
Masalah pelajar Puan Suriani ketahui,
Nasihat dan teguran sentiasa diamati.
Berkancil merah Siliau kampungnya,
Nak pinjam buku teks jumpalah dia,
Subjek P.A.I pasti diajarnya,
Ustazah Syarifah ceria orangnya.
Bercitra putih molek orangnya,
Sungguh pun kecil cili padi pedasnya,
Puan Rashidah memang baik orangnya,
Memberi nasihat tatkala berjumpa.
BerGen2 oren laju dipandunya,
Senyumnya manis lagi bergaya,
Tmn Sri Rembau tempat tinggalnya,
Puan Noraishah tetap lincah orangnya.
Ibarat Datin gaya jalannya,
Subjek B.M baginya penting,
Hendak berdebat berguru dengannya,
Puan Zaharah tetap guru yang sporting
Honda City selalu dipandunya,
Perihal biasiswa jumpalah dia,
Ahli perniagaan kerjaya sambilannya,
Puan Zabidah tetap cekal orangnya.
Ke Linggi Poultry Farm pulanglah dia,
Wajahnya ayu umpama bulan,
Persatuan Pengakap penting baginya,
Puan Zainiyah memang penyayang orangnya.
Mengajar S.R.T amat diminatinya,
Sungguhpun slumber baik orangnya,
Puan Rozidah kecoh orangnya,
Kalau bertengkar nak menang sahaja.
Sungguhpun pendiam rajin orangnya,
Mempunyai anak meminati kereta,
Bersaga baru, elok dijaganya,
Nasihat Puan Rozita sentiasa kupuja.
Berwira hitam kemas dijaganya,
Sungguh cantik dan bergaya orangnya,
Senyuman kurang manisnya ada,
Itulah Puan Farah serius orangnya.
Mengajar Matematik mestilah peka,
Jikalau bermain denda diberinya,
Ilmu Puan Jamilah sungguh berguna,
Buat tatapan pelajar semua.
Prinsip perakaunan amat diminatinya,
Kalau tak faham jumpalah dia,
Puan Rogayah berkaca mata orangnya,
Dalam senyumnya ada garangnya.
Gelaran Mak Mek dan Mohd diberinya,
Sentiasa ketawa menceriakan kelas,
Puan Norliza, fizik diajarnya,
Pelajar tak faham dia mula mengganas.
Avanza merah Legung duduknya,
Sentiasa bergaya mendidik pelajar,
Puan Hazwanita manis senyumannnya,
Pelajar dapat apa yang diajar.
Bila bercakap tak lekang loghatnya,
Sentiasa segak ke mana sahaja,
Selain guru pensyarah kerjayanya,
Encik Mohd Razi guru bergaya.
Sentiasa serius ke sana ke mari,
Pelajar bersalah semua dilindungi,
Segala nasihat ,teguran diamati,
Puan Zaleha tetap kekal di hati.
Ke hulu ke hilir ke sana ke sini,,
Merancang program tak pernah sepi,
Jalankan tugas penuh dedikasi,
Senyuman Puan Mariani sentiasa dipipi.
Namanya sentiasa dalam kenangan,
Takkan ku lupa walau seketika,
Puan Abesah dalam ingatan,
Mencurah bakti tak kira ketika.
Kejap ada kejap tak ada,
Menyembunyi diri di makmal computer,
Encik Mazlan memang bergaya,
Dirinya mahir dalam bidang computer.
Dua tiga si kucing berlari,
Mana nak saya si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama guru yang penyayang.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di atas peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada idea yang panjang,
Bolehlah saya berseloka lagi.
Sekian Terima Kasih……
Hasil nukilan……lu pikirlah sendiri !!!!!
Assalamualaikum …
Jumaat, Mac 12, 2010
PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM 2010 (AMBILAN JUN 2010)
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DALAM BIDANG PERGURUAN DAN INGIN BERCITA-CITA MENJADI GURU INI MERUPAKAN SATU PLATFOM ANDA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT
KEP[ADA PELAJAR-PELAJAR SEMENDA KHUSUSNYA LEPASAN SPM ANDA DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON
UNTUKI MAKLUMAT LANJUT...
KLIK DI SINI
TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON SPM 2009 SEMENDA
p/s : Pihak blog semenda08 belum mendapat sebarabg maklumat rasmi mengenai keputusan SPM 2009 di SEMENDA.Jadi kami memohon jasa baik kepada sesiapa yang mengetahuinya agar boleh berkongsi bersama-sama kami...
Rabu, Februari 24, 2010
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia ?????
Sejarah membuktikannya dan tidak perlu diubah hanya kerana takut
PENGGUNAAN istilah bahasa Melayu lebih tepat berbanding bahasa Malaysia berdasarkan bukti sejarah, pandangan akademik dan hakikat ilmu, sekali gus menjadikan usul Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam) Ke-15, pada bulan lalu, wajar diambil perhatian oleh kerajaan.
Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa, sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah, akademik dan hakikat ilmu.
“Kerajaan mungkin melihat integrasi nasional sehingga mengharapkan semua etnik di negara ini menerimanya sebagai bahasa nasional. Bagaimanapun, ia tidak benar jika kita melihat berdasarkan konsep akademik kerana sejarah kita lebih kepada penggunaan istilah bahasa Melayu dan sudah pun diterima oleh semua etnik di negara ini,” katanya kepada Sastera di pejabatnya di Bangi, baru-baru ini.
Dr Rahim berkata, penggunaan istilah bahasa Melayu sudah wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka diasaskan seperti yang digunakan oleh Kerajaan Melayu Funan, manakala pembukaan Melaka memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa terbabit.
“Kerajaan Johor-Riau selepas jatuhnya Melaka, juga berkembang sebagai pusat pentadbiran, ilmu, ekonomi dan persuratan Melayu sehingga bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa penyatu kepada etnik yang ada.
“Kalau kita lihat bahasa Inggeris pun sebenarnya berasal daripada dialek yang asalnya berkembang di wilayah England yang masih kecil ketika itu, tetapi diangkat menjadi bahasa kebangsaan mereka selaras dengan perkembangan kota London sebagai pusat ekonomi dan kecemerlangan tamadun,” katanya.
Apatah lagi istilah bahasa Melayu, masih digunakan dalam konteks akademik sehingga pusat dan program pengajian masih mengekalkan bahasa Melayu kerana universiti dibina atas asas akademik, berdasarkan sejarah bahasa Melayu yang lama itu.
Beliau turut mempersoalkan kewajaran perubahan itu kerana bahasa Melayu sudah pun kukuh dan berupaya menjadi bahasa penyatu sehingga generasi terdahulu sejak ratusan tahun dulu dapat menerimanya.
“Kita jangan berasa takut pada perkataan Melayu kerana sifat takut itu sendiri sebenarnya menggalakkan perkauman, sebaliknya penggunaan Melayu, boleh mencairkan perkauman kerana semua etnik di negara ini menerimanya.
“Bahasa Cina dan bahasa Tamil masih ada tetapi mengapa kita korbankan bahasa Melayu sedangkan saya yakin orang Cina sendiri menerima istilah itu kerana tidak ada demonstrasi atau bantahan daripada etnik lagi,” katanya.
Mengenai istilah bangsa Melayu, Dr Rahim mengambil pendekatan untuk menerima penggunaannya kerana bangsa merujuk kepada bangsa yang membina sesebuah negara, manakala etnik atau kaum pula digunakan untuk Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak.
“Semua etnik itu menjadi warga negara, iaitu bangsa Malaysia seperti bangsa Amerika yang diwakili pelbagai etnik, sekali gus penggunaan bangsa Malaysia wajar dikekalkan untuk menimbulkan kebanggaan kerana tanah ini menjadi tempat kita hidup, membina kehidupan dan mati,” katanya.
Pandangan Dr Rahim senada dengan Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Adi Yasran Abdul Aziz, dalam soal penggunaan bahasa Melayu, tetapi berbeza dalam konteks penggunaan bangsa Melayu.
“Istilah bahasa Melayu sudah digunakan pada Batu Bersurat Terengganu pada 1303 Masihi dan terus digunakan sehingga 1970 tanpa ada sebarang isu berbangkit sehingga ketika mencapai kemerdekaan, bangsa lain tidak membantah apabila ia dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu,” jelasnya.
Justeru, ada keperluan untuk menilai kembali perubahan istilah kepada bahasa Malaysia kerana ia berkaitan dengan jati diri orang Melayu sedangkan bahasa dan bangsa adalah fitrah kejadian, lalu perubahan mesti dibuat ke arah kebaikan dan sekiranya tiada manfaat besar kepada orang Melayu, perubahan tidak perlu.
“Bahasa Melayu sudah diterima berabad-abad lama. Bahasa dan bangsa ialah fitrah kejadian. Apabila seseorang dibesarkan dalam keluarga Melayu yang menggunakan bahasa ibundanya, individu berkenaan akan turut berbahasa Melayu, iaitu peringkat pemerolehan bahasa,” katanya.
Beliau meminta pihak yang mahu mencipta istilah, terlebih dulu merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertanggungjawab dalam perkara terbabit kerana ia perlu mematuhi prosedur tertentu sebelum istilah berkenaan diterima pakai.
“Berbincang dulu dengan ahli bahasa sebelum menukarkannya. Sekiranya ada kepentingan politik dan perpaduan, ahli bahasa terbuka dalam menilai. Apatah lagi dari segi undang-undang, ia tidak tercatat sebagai bahasa kebangsaan ialah bahasa Malaysia. Sebaliknya Perkara 152 menegaskan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu,” tegasnya.
Mengenai istilah bangsa Malaysia, Dr Adi Yasran menganggap istilah itu sebagai idaman yang belum berlaku, sebaliknya penggunaan masyarakat Malaysia lebih tepat berdasarkan realiti rakyat di negara ini yang berada di bawah pentadbiran dan pemerintahan Malaysia.
Rabu, Februari 17, 2010
Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram!!!
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .
By: iBNU KAMiL