Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat juga kami menjalankan program reunion raya bagi kali pertama.Segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan kerana ini merupakan program pertama seumpama ini kami anjurkan.Namun,atas maklum balas dari rakan-rakan,InsyaAllah kami akan menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan anjuran Blog Semenda'08,malah kami juga akan cuba sedaya upaya segala kekurangan didalam program pada tahun ini tidak akan berlaku di masa hadapan.Kami juga akan memastikan program ini dapat mencapai objektif utama iaitu berkumpul dan berkunjung ke rumah mantan-mantan pendidik kami sewaktu di alam persekolahan.Kami juga berbangga kerana bukan sahaja rakan-rakan yang bersekolah di semenda dari ting 1 hingga ting 5 sahaja yang datang tetapi terdapat juga sahabat yang bersekolah di semenda hingga ting 3 turut hadir demi memeriahkan program ini.
Kami juga mengucapakan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sempat kami datang beraya iaitu Cikgu Mustapa,Cikgu Zahari,Cikgu Rogayah,Cikgu Norliza,Cikgu Rashidah,dan juga Teacher Faridah.Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat hadir kesemua guru yang pernah mengajar kami kerana kami kesuntukan masa.InsyaALlah ditahun hadapan dengan persiapan dan perancangan yang lebih rapi kami akan berkunjung ke rumah guru-guru yang tidak sempat kami beraya.Kami wakil blog juga turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang terdiri daripada Jawatankuasa Blog sendiri serta sahabat yang sanggup meluangkan masa memeriahkan program ini.Disini kami juga melampirkan gambar-gambar yang sempat diambil oleh beberapa orang sahabat kita.
Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan bekas pelajar - pelajar S.M.K Datuk Abdullah sesi 2004-2008 @ SPM'08 untuk sentiasa menghubungi dan berinteraksi secara online antara satu sama lain selaras dengan pembangunan IT yang semakin di terapkan kepada golongan remaja pada hari ini .Blog ini juga akan memaparkan berita-berita yang berkait rapat dengan sekolah,dan program-program bagi SPM 2008.sebarang paparan mahupun info yang dipertontonkan adalah hasil bekas pelajar SEMENDA sendiri.
Ahad, September 27, 2009
Jumaat, September 25, 2009
REUNION RAYA EX-SEMENDA 1/2
KUNJUNGAN RAYA ERATKAN UKHWAH FILLAH
Pada hari khamis bersamaan 24 september 2009,hampir 7 buah kereta di tambah lagi dengan kehadiran 2 biji motosikal telah menggegarkan Dataran Rembau bermula pukul 10 pg.Selepas itu,rombongan raya yang di hadiri hampir 25 org terdiri dari ex-5is,5ik,5ar,5ab terus bergerak ke rumah yg cigu yang pertama higgalah rumah yg ke sepuluh.Rombongan berakhir pada pukul 8.30 malam di rumah Cikgu Faezah.Selepas itu kami semua bersalaman memohon ampun kerana selepas ini mungkin aktiviti seperti ini semakin sukar untuk di laksanakan.Akhir kalam,Kami dari seluruh organisasi blog mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi meluangkan masa demi mengeratkan semula ikatan persahabatan dan ukhwah fillah sesama kita,semoga anda semua berjaya di masa hadapan,sama-samalah kita mendoakannya... insyaallah.............
Sabtu, September 19, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI.....
Assalamualaikum wbt.....
Kami dari organisasi blog serta seluruh mantan-mantan pelajar Semenda 2004-2008 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh mulia dan keberkatan ini kepada seluruh warga Semenda khususnya para guru yg sentiasa memerah keringat dalam mengajar anak bangsa serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia,
semoga segala khilaf dan kesilapan lalu dapat di maafkan di hari yg mulia ini insyallah...
Jumaat, September 04, 2009
'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan
4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."
Langgan:
Catatan (Atom)