Ahad, September 27, 2009

REUNION RAYA EX-SEMENDA 2/2

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat juga kami menjalankan program reunion raya bagi kali pertama.Segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan kerana ini merupakan program pertama seumpama ini kami anjurkan.Namun,atas maklum balas dari rakan-rakan,InsyaAllah kami akan menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan anjuran Blog Semenda'08,malah kami juga akan cuba sedaya upaya segala kekurangan didalam program pada tahun ini tidak akan berlaku di masa hadapan.Kami juga akan memastikan program ini dapat mencapai objektif utama iaitu berkumpul dan berkunjung ke rumah mantan-mantan pendidik kami sewaktu di alam persekolahan.Kami juga berbangga kerana bukan sahaja rakan-rakan yang bersekolah di semenda dari ting 1 hingga ting 5 sahaja yang datang tetapi terdapat juga sahabat yang bersekolah di semenda hingga ting 3 turut hadir demi memeriahkan program ini.


Kami juga mengucapakan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sempat kami datang beraya iaitu Cikgu Mustapa,Cikgu Zahari,Cikgu Rogayah,Cikgu Norliza,Cikgu Rashidah,dan juga Teacher Faridah.Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat hadir kesemua guru yang pernah mengajar kami kerana kami kesuntukan masa.InsyaALlah ditahun hadapan dengan persiapan dan perancangan yang lebih rapi kami akan berkunjung ke rumah guru-guru yang tidak sempat kami beraya.Kami wakil blog juga turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang terdiri daripada Jawatankuasa Blog sendiri serta sahabat yang sanggup meluangkan masa memeriahkan program ini.Disini kami juga melampirkan gambar-gambar yang sempat diambil oleh beberapa orang sahabat kita.

























































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan