Rabu, Disember 02, 2009

Buku teks lebih baik daripada buku rujukan komersial??? APA PANDANGAN ANDA SEBAGAI BEKAS PELAJAR???



KUALA LUMPUR 2 Dis. - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa buku teks yang digunakan di sekolah adalah lebih baik daripada buku rujukan komersial.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

"Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu.

"Hal ini juga untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, buku teks yang digunakan di sekolah lebih baik dari buku rujukan komersial,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta kementerian menyatakan sejauh mana kebenaran buku rujukan komersial lebih baik daripada buku teks yang digunakan di sekolah.

Menjawab soalan tambahan Ismail sama ada buku teks yang digunakan di sekolah tidak merangsang kefahaman pelajar dan sama ada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Mohd. Puad berkata untuk merangsang kefahaman pelajar ia bergantung kepada kaedah pengajaran guru. - Bernama

p/s : Kepada mereka yang ingin melontarkan pandangan dipersilakan dengan menulisnya di komen atau boleh mengundi di sebelah kanan Blog ini.Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan