Rabu, Januari 20, 2010

BERSAMA MERTABATKAN BAHASA MELAYU

Pantau tegur bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.

ANTARA CIRI PENCEMARAN BAHASA IALAH :

1. Pengutamaan bahasa asing
2. Saiz atau warna
3. Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
4. Ejaan
5. Pemilihan kata
6. Pembentukan kata
7. Pengolahan ayat
8. Penggunaan laras
9. Pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris










Sila lihat gambar yang telah dirakam dan telah dikenalpasti ciri-ciri pencemaran bahasa.

Contoh-contoh gambar kesilapan bahasa pada papan tanda dan papan iklan.



Isnin, Januari 18, 2010

SEMAKAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN TEKNIK 2010


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA "JOM MASUK U" 2010


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) –

‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.



AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA – ’JOM MASUK U’ TAHUN 2010 :

* Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
* Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
* Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung;
* Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
* Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling



PAMERAN PENDIDIKAN

Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGBK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.



FORUM

Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti akan menentukan senarai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), kaunselor termasuk GBK dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.


+ Pada hemat kami,karnival ini amat penting kepada Pelajar-pelajar lepasan Spm,kerana berdasarkan pengalaman kami,Karnival ini boleh diumpamakan sebagai 'bayangan awal' untuk meneruskan pengajian di peringkat Universiti..

+ Kami juga memohon kepada pihak Kementerian agar pgram seperti ini diperluaskan hampir ke semua kawasan di Malaysia ini,dan mempromosikan dengan lebih banyak lagi supaya tiada seorang pun lepasan Spm terlepas dari menghadiri Karnival ini