Jumaat, November 20, 2009

KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA

Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.


Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+.
Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.


Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
Penentuan Aliran
Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :


Aliran Sains

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan


Aliran Sastera

Bahasa Malaysia
Matematik
Sains
Sejarah
Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral


Pengiraan Merit
Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.
Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.


Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :
90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan

30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.
Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Matematik A+
Matematik Tambahan A
Fizik A-
Kimia A
Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)
Matematik A+ = 18
Matematik Tambahan A = 16
Fizik A- = 14
Kimia A = 16
Biologi A- = 14JUMLAH 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)
Bahasa Melayu A+ = 18
Bahasa Inggeris A+ = 18
Pendidikan Islam A+ = 18JUMLAH 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78

Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90= (78 + 30)/120 x 90= 81


Pengiraan Merit Aliran Sastera
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-

Bahasa Melayu
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;

30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran;
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pengetahuan Moral B+
Sejarah C+
Matematik B
Sains B
Perdagangan C+
Ekonomi Asas C
Ekonomi Rumah Tangga A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)
Bahasa Melayu A+ = 18
Matematik B = 10
Sains B = 10
Sejarah C+ = 8
Pengetahuan Moral B+ = 12JUMLAH 58
3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera)
Bahasa Inggeris A+ = 18
Ekonomi Rumah Tangga A = 16
Sejarah C+ = 8JUMLAH 42

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58

Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3

Jumlah Markah Akademik= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90= (58 + 23.3)/120 x 90= 60.9

Penyediaan Susunan Merit (Ranking)
Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;

Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;

Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.

Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan