Bersama-sama ini, disertakan juga sedikit perincian berkenaan perkara-perkara ajaib, luar biasa dan tak masuk akal. Ianya boleh dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu:
- Mu’jizat: keajaiban hanya pada rasul-rasul, contohnya tongkat Nabi Musa A.S jadi ular besar.
- Irhas: keajaiban pada mereka yang akan jadi rasul ~ contoh: Nabi Isa A.S berkata-kata ketika dalam buaian pada usia bayi.
- Keramat: pada yang alim, wali, zuhud, wara` soleh, bertakwa, berlaku secara kebetulan (atas kehendak Allah) bukan belajar, contohnya kisah pemuda-pemuda tidur berzaman-zaman dalam gua (rujuk Surah Al-Kahfi).
- Maunah: pertolongan Allah S.W.T yang berlaku pada orang biasa baik muslim atau kafir.
- Ihadah: penghinaan sewaktu-waktu atau tiba-tiba terhadap orang yang sombong ~ contoh Firaun kononnya kekal hidup akhirnya mati ditelan laut, Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim tak lut.
- Istidraj: berlaku pada orang fasik@kafir pada waktu kehancurannya, dengan izin Allah: contoh Firaun dan tenteranya dapat jalan dalam laut kejar Nabi Musa.
- Sihir: melibatkan bantuan jin/syaitan dengan disedari atau tidak disedari penglibatannya, biasanya disyaratkan melanggar syariat Islam.
- Ain: kerosakan/kesakitan luar biasa berlaku tiba-tiba akibat pandangan mata manusia/jin yang mempunyai hasad dalam hatinya, boleh berlaku daripada mata orang alim, orang biasa, orang kafir, tidak berlaku dengan cara dipelajari, tiada langkah-langkah tertentu untuk dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan