Isnin, Jun 22, 2009

Apa Itu MATRIKULASI??

Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat/kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Objektif Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.

Walaupun program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ini tidak bermakna peranan universiti awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan.

Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Apa itu IPTS???

Kolej swasta merupakan kolej yang belanjawannya dibiayai sepenuhnya melalui bayaran yuran oleh pelajar-pelajar. Ini berbeza dengan kolej awam yang dibiayai sebahagiannya atau sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Kolej swasta di Malaysia perlu memohon kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapat lesen untuk beroperasi

Senarai kolej swasta di Malaysia.

  1. Akademi Locke
  2. Kolej Antarabangsa KBU, No. 1, Kolej Bandar Utama, Persiaran Utama, Bandar Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  3. KDU College, Kolej Damansara Utama, Jalan SS22/41, SS22, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  4. Kolej Aman, Jalan Bukit Sentosa 2, Sec BS2 Bukit Sentosa, 48000 Rawang, Selangor
  5. Kolej Anjung, No. 3, Jalan Sultan Azlan Shah, 51650 Ipoh, Perak
  6. Kolej Budaya & Budaya Gaya Pos, No. 530, Lorong Kolej Budaya, 15150 Kota Bharu, Kelantan
  7. Kolej Disted-Stamford, No. 340, Jalan Macalister, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
  8. Kolej IBMS, 208-211, 1st Floor, Jalan Bukit Mata, 93100 Kuching, Sarawak
  9. Kolej Inforana, Tingkat 2A, Wisma MPKT, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
  10. Kolej Intec, 168A, Jalan Klang Lama Batu 3 1/2, 58000 Kuala Lumpur
  11. Kolej Inti Malaysia, Jalan BBN12/1, Bandar Baru Nilai, 71800 Negeri Sembilan
  12. Kolej Islam Antarabangsa, No. 1, Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur
  13. Kolej Jaipetra, No. 530, Lorong Kolej Budaya, 15150 Kota Bharu , Kelantan
  14. Kolej Legenda, Bandar Universiti Teknologi Legenda, Batu 12, 71700 Mantin, Negeri Sembilan
  15. Kolej Linton, No. 28, IGB International Industrial Park, Lebuh Perusahaan Klebang 1, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak
  16. Kolej Methodist Kuala Lumpur, Kolej Methodist, Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur
  17. Kolej Miharja, No. 208, 1st Floor, Jalan Shahab 4, Terminal Bas Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah
  18. Kolej NIIT, 111-113, 3rd Floor, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
  19. Kolej Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
  20. Kolej Perubatan Penang
  21. Kolej Prime, Pejabat Am Prime College, Jalan Chong Choon, 98000 Miri, Sarawak
  22. Kolej Putra, 1st Floor, Menara KLH , Lebuhraya Damansara Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
  23. Kolej Rima, 54, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
  24. Kolej SAL, No. 1 Jalan 9/27A, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
  25. Kolej Selatan, Jalan Skudai Batu 7 1/2, 81300 Skudai, Johor
  26. Kolej Sentral, Wisma Warisan, 26400 Bandar Jengka, Pahang
  27. Kolej Shahputra, BIM Point, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
  28. Kolej SRI, No. 68, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
  29. Kolej Steno Malaysia, 23A, Jalan 6/23e, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
  30. Kolej Syuen, No. 2, Lun Rokam 13, Pekan Razaki, 31350 Ipoh, Perak
  31. Kolej Tafe, No. 5400, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
  32. Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, 22100 Bandar Permaisuri, Terengganu
  33. Kolej Teknologi Mulia, No. 12661, Medan Bersatu Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak
  34. Kolej Teknologi Praktikal, No. 48, Jalan Seenivasagam, 30000 Ipoh, Perak
  35. Kolej Teknologi Timur, 7-G-A1, Jalan Kenanga 1/2, Taman Kenanga, 43900 Salak Tinggi, Selangor
  36. Kolej Travex, Komplek Kota Kajang, Jalan Cheras, Batu 14, 43000 Kajang, Selangor
  37. Kolej Tuanku Jaafar, No. 1051, Jalan Mukim Setul, 71700 Mantin, Negeri Sembilan
  38. Kolej Unikop, No. 4, Jalan 58/10, Taman Koperasi Polis, 68100 Gombak, Selangor
  39. Kolej Universiti Teknologi & Perusahaan Malaysia, No. 17, Ground Floor, Jalan Equestrian 13/52, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
  40. Kolej WIT, Institute Teknologi Pekerja, Jalan Banting, Off Jalan Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
  41. Kolej Yayasan Melaka, No. 1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka
  42. Kolej Yayasan Saad, No. 495, Teacher's Residence, 75450 Ayer Keroh, Melaka
  43. Legal And Judicial Training Institut
  44. Malaysian Insurance Institute
  45. Permai Polyclinics Kolej Kurnia Perdana, F6-0-1, 1st Floor, Taman Indah Permai, 88450 Menggatal, Sabah
  46. Polisas, Semambu, Kuantan, Pahang
  47. Systematic Education Group
  48. Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, Lot 150, Lorong Semambu Baru, 25350 Kuantan, Pahang
  49. Kolej IKIP, Kampus IKIP Utama, Lorong Kubang Buaya 25350 Kuantan, Pahang
  50. Kolej Teknologi & Profesional Indera Kayangan, 40, Km 5, Jalan Kangar-Padang Besar, 01000 Kangar, Perlis
  51. Allianze College of Medical Sciences (ACMS) , 55 Jalan Seri Serdang 3, Taman Seri Serdang , Kepala Batas , Pulau Pinang.
  52. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur

Panduan Tentang Tingkatan Enam

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM

  • Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
  • Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  • Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  • STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
  • Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan

  1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek

Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.

Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 - 3.00 = 0.75 jauh tuu…

Nota : Menurut Ida, walaupun ambil 5 mata pelajaran hanya 4 mata pelajaran terbaik sahaja yang diambil kira untuk CGPA.

Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…

Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.

Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.

Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.

Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.

Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.

Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.

Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.

Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,

Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Apa itu-Politeknik??

Politeknik merupakan tempat yang berkesan untuk melatih modal insan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Politeknik, universiti dan Kolej Komuniti di Malaysia terletak di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Setakat 2004, politeknik telah melahirkan 40,000 graduan peringkat diploma setiap tahun. Setiap tahun, hampir 420,000 pelajar peringkat SPM / SPMV keluar dari sekolah dan memasuki alam pekerjaan tanpa sebarang ilmu dan pengalaman yang sesuai. Setakat 2004, terdapat 20 buah politeknik di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai 60,000 orang. Pada 2008, terdapat 27 buah politeknik dengan 85,000 pelajar.

Lulusan politeknik mempunyai pasaran pekerjaan yang baik. Mereka ini lanjutan dari sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional yang terdapat di seluruh negara. Graduan politeknik lebih kreatif dan inovatif berhubung soal-soal teknikal dan mekanikal

Senarai politeknik

Senarai politekik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.[2]

  1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
  3. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
  4. Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
  5. Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
  6. Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
  7. Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
  8. Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
  9. Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
  10. Politeknik Seberang Prai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
  11. Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
  12. Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
  13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
  14. Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
  15. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
  16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
  17. Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor
  18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
  19. Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
  20. Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak
  21. Politeknik Balik Pulau, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  22. Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan
  23. Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
  24. Politeknik Banting, Banting, Selangor
  25. Politeknik Mersing, Pasir Gudang, Johor
  26. Politeknik Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu
  27. Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah

Apa itu Institut Pengajian Tinggi Awam?

nstitut Pengajian Tinggi Awam (juga Universiti Awam) ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara atau setempat.

Senarai Universiti awam di Malaysia

KEMANA ANDA SELEPAS SPM???

Artikel ini bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk kepada sahabat-sahabat yang lain bahawa kita mendapat tawaran dari mana-mana universiti terkemuka di negara ini tetapi tujuan utamanya adalah untuk menjejak dan membuktikan bahawa pelajar yang bersekolah di kawasan kampung juga mampu berdiri sama tinggi,duduk sma rendah dengan pelajar-pelajar yang lain...

Anda hanya 'klik; di pautan untuk menulis...

Contoh:-

Hai,nama saya jais,saya bersekolah di semenda pada tahun 2004-2008
kini saya mengabil diploma dalam bidang sains di uitm..doakan saya berjaya...

Antara contoh yang boleh di buat...

Terima kasih.

SUDAH MENJADI AHLI SEMENDA DI NING.COM???



Mari kita bersama-sama senior-senior lain yang pernah bersekolah di Semenda....
Ayuh rakan-rakan menyertainya...
Jangan lupa jika sudah ahli,letakkan badges ini di blog,myspace,friendster,mahupun facebook anda...

Sabtu, Jun 20, 2009

KAMI ADALAH


Free Myspace Generators

isu semasa dlm negara(pendidikan)

Biasiswa: Jangan tunduk gesaan pihak tertentu

Kerajaan diminta jangan tunduk kepada gesaan sesetengah pihak yang mahukan hanya pelajar yang memperoleh 9A atau lebih menerima biasiswa sebaliknya mengambil kira mereka yang mempunyai kebolehan menyeluruh.

Di samping itu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut meminta kerajaan berhati-hati dengan sistem meritokrasi dalam pemberian biasiswa kerana dikhuatiri hanya pelajar daripada keluarga kaya yang menikmatinya.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, penerima biasiswa kerajaan bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik malahan perlu mempunyai kebolehan yang menyeluruh kerana mereka bakal menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, pemberian biasiswa berdasarkan kepada kecemerlangan dalam akademik tidak mencukupi kerana aspek budi bicara, tanggungjawab dan perwatakan turut memainkan peranan.

Menurutnya, pelajar Melayu merupakan golongan yang memerlukan bantuan untuk dimajukan dan mungkin pencapaian mereka tidak begitu baik dalam bidang akademik tetapi pertimbangan juga perlu diberikan kepada aspek lain.

"Sebagai contoh, bukan sahaja pelajar yang memperoleh 15A yang mampu berjaya dalam hidup malahan 3A juga mampu mencipta kejayaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Samsuddin Bardan yang mahukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberikan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum.

Dalam pada itu beliau juga mahu kerajaan memberi pentafsiran tentang meritokrasi ketika memberi biasiswa kerana ia bermaksud berhak dan objektifnya tidak akan tercapai sekiranya penilaian hanya dilakukan ke atas pencapaian akademik.

Beliau seterusnya mencadangkan biasiswa diberikan mengikut komposisi dan taburan masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menasihatkan kerajaan supaya berhati-hati dan membuat perkiraan pelbagai aspek ketika memberi biasiswa berasaskan meritokrasi.

Katanya, pelajar yang memperoleh 15A dan cemerlang dalam bidang akademik selalunya mengikuti tuisyen dan kelas tambahan serta berasal daripada keluarga berkemampuan.

"Sekiranya biasiswa hanya diberikan kepada kelompok ini, bagaimana pula dengan nasib yang hanya memperoleh tujuh atau lapan A tetapi tidak berkemampuan hendak melanjutkan pelajaran," soalnya.

Katanya, kerajaan boleh membantu kaum lain tetapi bukan dengan cara meritokrasi kerana menurut Perlembagaan Malaysia, orang Melayu sama ada kaya atau miskin berhak menerima biasiswa.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kerajaan tidak melaksanakannya kerana ia termaktub dalam perlembagaan sebagai pertukaran kepada pemberian kerakyatan kepada imigran di masa lalu.

Beliau seterusnya mencadangkan dana asing ditubuhkan menerusi sumbangan wang oleh syarikat-syarikat mega kepunyaan bukan Melayu yang mendapat kontrak daripada projek-projek kerajaan.

Ketua Umum, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula menyokong pemberian biasiswa JPA berdasarkan meritokrasi dengan pembahagian 60 peratus kepada bumiputera dan 40 peratus kepada bukan bumiputera.

Menurutnya, rasional pengagihan dengan kadar itu ialah orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan berikutan pencapaian ekonomi keluarga yang masih rendah.

Katanya, calon yang mempunyai keupayaan menyeluruh sebagai kriteria layak menerima biasiswa tidak perlu diwajibkan sebaliknya yang penting pelajar Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran menerusi biasiswa.

Syed Anuar Syed Mohamad selaku Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pula berpandangan, pemberian biasiswa cara meritokrasi adalah cara terbaik.

Bagaimanapun tegasnya, kuota biasiswa untuk bumiputera seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia tidak perlu disentuh.

Dalam pada itu beliau bersetuju kriteria pemberian biasiswa berasaskan keupayaan menyeluruh pelajar kerana kini 10 peratus aktiviti kokurikulum juga jadi penentu pelajar memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

GPMS dalam perkara ini katanya selalu menasihati pelajar mengambil peluang tersebut untuk melayakkan mereka ke IPTA.

Sajak Hari Bapa

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah seluruh dunia....

Khamis, Jun 18, 2009

SILA MEMBERI PANDANGAN ANDA-

Disebelah ini terdapat banyak pola pengundian tentang isu-isu semasa yang berkaitan pendidikan

Diharap anda boleh memberi pandangan anda dengan memilih adak penyataan itu
wajar atau sebaliknya...

-Terima kasih-

MUTAKHIR--SPM: Kerajaan putuskan hanya 10 mata pelajaran

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kerajaan memutuskan semua pelajar kecuali aliran Sains Agama hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun depan.

Bagi pelajar aliran Sains Agama, peraturan itu dikuatkuasakan mulai 2011 dan untuk tahun depan dibenarkan mengambil 11 mata pelajaran.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.