Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan bekas pelajar - pelajar S.M.K Datuk Abdullah sesi 2004-2008 @ SPM'08 untuk sentiasa menghubungi dan berinteraksi secara online antara satu sama lain selaras dengan pembangunan IT yang semakin di terapkan kepada golongan remaja pada hari ini .Blog ini juga akan memaparkan berita-berita yang berkait rapat dengan sekolah,dan program-program bagi SPM 2008.sebarang paparan mahupun info yang dipertontonkan adalah hasil bekas pelajar SEMENDA sendiri.
Ahad, Mac 01, 2009
KeNaNgAN sEmALAM.....
Pada 28 hari bulan februari 2009 seperti yg telah di rancangkan sebelum ini untuk mengadakan satu perjumpaan atau lebih elok dipanggil reunion di kalangan bekas pelajar lelaki SEMENDA 04-08 telah terlaksana dengan penuh lancar dan membanggakan.
Kami pergi ke Port Dickson pada hari Sabtu dengan diketuai oleh 4 buah kereta.Kami berkumpul di rumah Safuwan pada jam 11 pagi..apabila segala urusan sudah selesai,kami memulakan perjalanan..
Kami tiba di Port Dickson dalam jam 1 tgh hari dan kami terus check-in di hotel yang telah dicadangkan oleh Aiman..Dengan berbekalkan makanan yang dibawa dari rumah oleh Aiman kami menjamu selera di bilik hotel sahaja kerana kami perlu berehat bagi mengembalikan tenaga kerana pada waktu petang kami ingin pergi mandi manda dan bermain bola sepak pantai...
Pada Malamnya pula kami memilih untuk menjamu selera di sebuah kedai makanan laut,dan amat tidak merugikan kerana menu yang dihidangkan cukup menambat perhatian kami...Selesai menjamu selera kami pulang ke Hotel...
Reunion itu telah disertai kira-kira 9 org mantan iaitu Muhd Helmi,Zuliskandar,Aiman Syafiq,Mohd Shahiful,Mohd Shahfuan,Mohd Faiz,Mohd Safuwan,Nazrul Nabadli dan Zullizam Izany.Kami telah bermalam di Golden Strait Villa,Port Dickson selama satu malam yg sudah cukup memberikan kenangan yg paling manis untuk dikongsi bersama sebelum masing-masing membawa haluan sendiri apabila keputusan SPM yang dijangkakan keluar 2 minggu akan datang.
Selain itu kenangan yg paling tidak dapat dilupakan apabila kami bersama-sama bermain futsal dan mandi-manda di Tiara Beach Resort hasil kecekapan kami menyelinap masuk ke resort tersebut tanpa disedari pengawal keselamatan disana he3,cukup menggembirakan.
Kami pulang pada hari esoknya dengan penuh emosi sebelum masing-masing pulang kerumah dengan memandu kereta sendiri.
Kami juga bercadang akan mengadakan aktiviti ini lagi pada tarikh dan waktu yang sesuai dimana kami boleh berjumpa dan berkongsi tawa dan duka sepanjang bergelar mantan pelajar S.M.K DATUK ABDULLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mmg hari yg amat mnggmbirakan,
BalasPadamtq kpd Dbam coz dpt tmpang kete he3
time kasih kepada semua sbb sudi luangkan mase utk program ni...memang best...hrap2 nti ade lagi..kita buat jauh sikit...langkawi ke...heheh...time kasih jojo-pengangkutan pergi-,kening-pengangkutan balik,kenet dan aiman -tajaan mknan tgh hari...
BalasPadamANYWAY SORI SANGAT2 COZ AKU KENE BALIK AWAL MASE TU... AKU KENE PEGI DUHA COZ ADA FRIENDLY DENGAN BUDAK SEMENDA... HARAP MENGERTI
BalasPadam