Selasa, Mac 03, 2009

MUKA DEPAN MAJALAH IMTIYAZ 2008


Inilah rupa muka depan majalah Imtiyaz 2008 yang diterbitkan khas bagi sambutan Jubli emas S.MK DATUK ABDULLAH pada tahun 2008 yang lalu yang sudah diedarkan kepada pelajar-pelajar..

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut pihak Blog Semenda'08 telah menghubungi saudara Zuliskandar b Zainal Abidin iaitu merupakan Ketua Editor majalah Imtiyaz 2008 merangkap Naib Presiden Blog Semenda'08..Ketika diminta mengulas tentang majalah ini beliau berkata beliau tidak dapat memberi sebarang pandangan kerana masih belum dapat melihat majalah ini lagi dan beliau juga berharap agar semua pihak dapat menerima dengan seadanya majalah Imitiyaz 2008 ini yang diterbitkan sempena Sambutan Jubli Emas Semenda pada tahun 2008,dan beliau sebagai wakil pihak editor majalah memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari segi input,meterial,mahupun pencetakan yang terdapat dalam majalah ini...

Walaubagaimanapun,kami sebagai Jawatankuasa Blog Semenda'08 iaitu wakil pelajar Semenda 2008 cukup berbangga atas terbitnya majalah bagi edisi 2008 kali ini kerana majalah Imtiyaz banyak meninggalkan memori dan nostalgia anatara kami sebagai mantan pelajar Semenda..

Kami menerima segala kekurangan dari majalah ini kerana kita sebagai manusia sudah tentu tidak terdaya memuaskan kesemua hati manusia..Walaubagaimanapun,tahniah dari kami atas kejayaan menerbitkan majalah Imtiyaz edisi 2008 ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan