Jumaat, Mac 13, 2009

MASA UNTUK MENGGARAP MISI SELEPAS SPM

Bagaimana semua dengan keputusan Spm anda?Berpuas hati atau tidak?

Kita terima sahaja hasil usaha kita itu dengan hati yang terbuka..Sepatutunya anda merasa bangga melihat keputusan hasil tiitk peluh anda selama ini..

Kami di pihak Jawatankuasa Blog Semenda'08 menggarap ucapan terima kasih kepada yang terutama puan pengetua,Puan Hjh Normah Bt Ibrahim kerana sanggup meluangkan masa untuk pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Rembau menggambil slip keputusan Spm kami,Seterusnya kepada guru-guru kelas yang sanggup meluangkan masa untuk menyampaikan kepada pelajar keputusan Spm mereka dan yang terakhir kepada semua guru-guru,staf-staf sekolah dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mendoakan kejayaan kami semua...

Ingatan kami kepada diri kami sendiri serta kepada mantan pelajar semenda @Spm 2008 nanti bila sudah berjaya jangan lupakan Sekolah Semenda yang merupakan tapak asas dalam mengasah dan membentuk seorang insan yang boleh dibanggakan..

p/s:Tahniah kepada sahabat Hisham b Awaludin dan Nurul Wahida kerana memperoleh kejayaan yang cemerlang didalam Spm serta rakan-rakan yang juga cemerlang kesemuanya...Kepada mereka yang memperoleh keputusan yang agak mengecewakan,jangan bersedih kerana 'tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yang tahu'.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan