Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan bekas pelajar - pelajar S.M.K Datuk Abdullah sesi 2004-2008 @ SPM'08 untuk sentiasa menghubungi dan berinteraksi secara online antara satu sama lain selaras dengan pembangunan IT yang semakin di terapkan kepada golongan remaja pada hari ini .Blog ini juga akan memaparkan berita-berita yang berkait rapat dengan sekolah,dan program-program bagi SPM 2008.sebarang paparan mahupun info yang dipertontonkan adalah hasil bekas pelajar SEMENDA sendiri.
Khamis, April 23, 2009
UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH DITAWARKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SERTA TELAH MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI/KOLEJ...
--5 IBNU SINA--
1-Maria Bt Abdul Rachman
2-Siti Nur Balqis Bt Maarof
3-Nur Fatihah Bt Mohd Nor
--5 IBNU KHALDUN--
1-Mohd Aiman Syafiq B Azizan
2-Nur Farahin Bt Baharom
------MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI/KOLEJ----=
--5 IBNU SINA--
1-Mohd Aswad Bin Fauzi ---KLIUC---
--5 AR-RAZI----
1-Mohd Azizi Aiman ---KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR---
DARI WAKIL BLOG SEMENDA08,RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN,SERTA WARGA SEMENDA..
SEMOGA KEJAYAAN INI BERTERUSAN DALAM MEMERTABATKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA..
*Kepada nama yang tidak diletakkan sila memberi info di ruang Chat Semenda08. Terima Kasih*
Khamis, April 16, 2009
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
The Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) made its debut 28 years ago and is now the premier event for the Malaysian book industry. Since then, it has been an annual affair, looked forward to by the public and those involved in the local and international book industry year after year.KLIBF has always attracted publishers from the USA, UK and other European and Arab countries, Australia, China, India and the ASEAN community. It has also become the market place to service librarians of Malaysian universities and colleges. Most will spend their annual budget during this 10 day event.The KLIBF 2008 will be held from 17 to 26 April 2008 at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia. Its aim is to exhibit the latest publications, including educational materials, published and produced locally and abroad. Besides that it will also be a meeting point for publishers, book traders and readers from around the globe.Since the Ministry of Education places great emphasis on the learning of foreign languages such as Japanese, Korean, French, German, Arabic, Chinese and Indonesian, we foresee that there will be a growing demand for foreign rights.Apart from the exhibition there will also be workshops and seminars for the book industry to upgrade the level of professionalism within the book industry community.Bursting with colour, pulsating with life, Kuala Lumpur offers an incomparable Asian feast for the senses. Be welcomed by a multicultural society. Here, you will discover a delightful fusion of three main races-Malay, Chinese and Indian. With its tempting array of exotic Asian cuisine and culture, it is indeed a unique melting pot of Malaysia. This fascinating tropical, modern city is less than one hour’s drive from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Isnin, April 06, 2009
Tarikh Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi Sesi 2009
Para lepasan SPM 2008 yang telah membuat permohonan ke Matrikulasi KPM Sesi 2009/2010 dijadualkan boleh menyemak keputusan permohonan mereka pada 17 April 2009 ini bagi program satu tahun.
Mereka yang berjaya akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 11 Mei 2009. Di sana satu Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru akan berlangsung selama tujuh hari.
Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan mulai 17 April sehingga 30 April 2009. Keputusan permohonan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009.
Mereka yang berjaya dalam proses rayuan ini akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing di antara 25 Mei sehingga 29 Mei 2009. Mereka yang menangguhkan pengajian dan pelajar yang mengulang juga akan mendaftar dalam tempoh yang sama.
Sementara itu mereka yang diterima masuk ke Matrikulasi bagi program dua tahun pula akan mengetahui keputusan permohonan mereka pada 3 Jun 2009. Mereka yang berjaya perlu datang mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditentukan pada 15 Jun 2009.
Semua semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi sesi 2009 ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran MalaysiaCABARAN SENGIT LANJUT PELAJAR-IPT sedia terima 128,295 penuntut
JOHOR BAHRU: Sebanyak 128,295 tempat ditawarkan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam, politeknik dan kolej komuniti sesi Julai ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, kementeriannya tahun ini menerima 400,996 permohonan yang merangkumi kursus ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara.
"Daripada 128,295 tempat yang tersedia, 40,559 daripadanya adalah bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi, manakala 28,000 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Sebanyak 43,216 tempat turut ditawar bagi kemasukan ke politeknik manakala 16,520 tempat lagi di kolej komuniti seluruh negara dalam pelbagai kursus kemahiran sepenuh masa dan kursus jangka pendek," katanya selepas menutup Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Selatan di Plaza Angsana di sini, semalam.
Mohamed Khaled berkata, jumlah kemasukan itu tidak termasuk tempat ditawarkan lebih 500 institusi pengajian tinggi IPT swasta seluruh negara menunjukkan kerajaan menyediakan peluang yang cukup untuk memastikan rakyat mempunyai pendidikan terbaik di peringkat pengajian tinggi.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan peruntukan RM3 bilion sama seperti tahun lalu untuk pelajar baru membuat pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun ini walaupun ketika negara menghadapi kelembapan ekonomi.
Katanya, jumlah penerima yang layak untuk menikmati pinjaman berkenaan meningkat lima peratus berbanding tahun lalu seramai 163,779 orang.
Beliau berkata, kemudahan PTPTN terus diberikan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
"Selain itu, 10,000 biasiswa turut ditawarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 2,000 biasiswa untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara, manakala bakinya di negara ini.
"Saya berharap graduan lepasan ijazah pertama mengambil peluang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana kerana kerajaan menampung kos yuran pengajian RM10,000 untuk setiap pelajar, manakala RM20,000 untuk yuran pengajian dan bahan penyelidikan melalui Bajet Mini 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Jumaat, April 03, 2009
SEJUTA PENGHARGAAN,SETULUS INGATAN
Y.A.B TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5
2003-2009
Di atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang pemerintahan selaku Perdana Menteri MALAYSIA dalam mengekalkan keharmonian rakyat,kestabilan politik,kecemerlangan negara serta pembangunan modal insan
DARIPADA
PRESIDEN,AHLI-AHLI JAWATANKUASA BLOG SEMENDA'08,MANTAN-MANTAN PELAJAR SEMENDA SPM 2008,WARGA SEMENDA,SERTA RAKYAT MALAYSIA SEMUA..
____________________________________________________________________________
UCAPAN
NAIB PRESIDEN BLOG SEMENDA'08
Saya sebagai wakil kepada Presiden Blog Semenda'08 serta kepada diri saya sendiri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Lah atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada rakyat selama menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5..
Sesungguhnya nama Pak Lah sudah tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia...namun yang ingin saya tekankan bukan hanya nama yang terukir tetapi segala curahan idea dan benak fikiran Pak Lah terhadap pembangunan modal insan.Sewaktu melihat wawancara Pak Lah Di tv3 dapat saya gambarkan walaupun Pak Lah akan bersara namun jiwa Pak Lah masih lagi ingin melihat negara ini melahirkan modal insan yang cukup berkualiti...
Saya akan cuba menyahut seruan Pak Lah dalam memberi sumbangan kepada negara walaupun mungkin hanya sebesar semut namun ia memberi satu motivasi kepada saya untuk terus memelihara negara tercinta ini dari anasir-anasir buruk..
Akhir Kalam saya mengucapkan sekali lagi penghargaan kepada Pak Lah sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Cemerlang Gemilang dan Terbilang..
Wassalam...
SETIAUSAHA BLOG SEMENDA'08
Terima Kasih kerana memberi saya penghargaan untuk menyampaikan ucapan kepada Pak Lah,walaupun mungkin Pak lLah tidak membuka Blog ini namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk mengucapkan ucapan penghargaan kepada Pak Lah sebagai seorang rakyat Malaysia..
Terima Kasih Pak Lah atas jasa dan bakti anda yangtidak sedikit pun berbelah bahagi terhadap negara kita yang tercinta ini iaitu MALAYSIA...U are huge sacrifice will always be remembered by all InsyaALLAh...
Terima Kasih PAk Lah..
Wassalam..
AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BLOG SEMENDA'08
Terima Kasih Pak Lah atas jasa dan sumbangan kepada negara Malaysia...Walaupun Pak Lah dilihat dari kaca mata rakyat sebagai yang lembut dan penyabar namun siapa yang tahu seorang insan yang bernama Pak Lah ini sanggup memikul tanggungjawab untuk berbakti kepada negara yang tercinta ini...
Izinkan saya menulis jasa-jasa yang telah di sumbangkan oleh pak lah sepanjang pemerintahan beliau
1-Meningkatkan Nilah tambah dalam ekonomi negara
2-Meningkatkan keupayaan pengetahuan,kretiaviti dan inovasi negara serta memupuk mida kelas pertama
3-Menangani masalah ketidakseimbangaan sosioekonomi secara membina produktif
serta beberapa lagi sumbangan yang telah disumbangkan...
Mungkin pemerintahan Pak Lah Agak tidak lama namun sebagai rakyat Malaysia yang tahu membalas budi,saya mengucapkan terima kasih..
KETUA BIRO PENERANGAN BLOG'SEMENDA08
"mencari damai abadi'
cukup tersentuh membaca puisi yang ditulis oleh Pak Lah ini,saya sebagai Biri penerangan ingin mengucapkan jutaan penghargaan ke[ada Pak Lah atas sumbangan besar ke[ada negara...
Pak Lah cukup berani kerana memperkenalkan Dasar Keterbukaan yang membolehkan rakyat menyampaikan aduan mahupun masalah yang timbul..
Dasar ini bagi hemat saya cukup mendekatkan rakyat kepada pemimpin negara kerana dasar ini membolehkan tiada jurang anatara rakyat dengan pemimpin...
Pak Lah juga seorang yang cukup bertanggungjawab kerana apabila beliau melihat seolah-olah rakyat menolak pimpinan beliau,beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri...Ini bukan soal lari dari masalah tetapi ini soal keprihatinan beliau kepada rakyat...
Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut kerana jawatankuasa blog sudah menyampaikan dengan cukup jelas sekali..
Akhir kata dari saya TERIMA KASIH PAK LAH!!!
TERIMA KASIH PAK LAH....
Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.U.K. (Kedah), S.U.M.Z., S.P.M.S., D.B.S.J., S.S.S.J., S.P.S.A, S.S.A.P., D.U.P.N., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
Setelah tamat pengajian, Dato’ Seri Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Dato’ Seri Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Dato’ Seri Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974.
Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Dato’ Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan.
Dato' Seri Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Perdana Menteri kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.
Anugerah
Tahun | Nama Anugerah | Daripada |
2009 | Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pemikiran dan Tamadun Islam | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
2007 | D.B.S.J Dato' Bendahara Seri Jamalullail | Perlis |
2007 | D.K Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) | Pahang |
2007 | Anugerah Kepimpinan Global Yayasan Napoleon Hill | Yayasan Napoleon Hill |
2007 | Bintang Republik Indonesia Adi Pradana | Indonesia |
2007 | Anugerah Pramuka Lencana Tunas Kencana | Indonesia |
2006 | Doktor Kehormat Teknologi | Curtin University of Technology, Australia |
2006 | D.U.K Darjah Utama Kedah (DUK) - Datuk Seri Utama | Kedah |
2005 | S.U.M.Z Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin | Terengganu |
2004 | Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) | Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India |
2004 | Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) | Cuba |
2004 | D.U.N.M Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) - Datuk Seri Utama | Melaka |
2004 | D.K.J Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) | Johor |
2003 | D.P Datuk Patinggi Bintang Kenyalang | Sarawak |
2003 | S.P.S.A Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah | Perak |
2001 | Honorary Fellowship | Institute of Engineers Malaysia |
2001 | S.S.S.J Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail | Perlis |
2000 | S.P.N.S Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
2000 | S.P.M.S Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor | Selangor |
1999 | Honorary Fellowship | London Chartered Institute of Marketing |
1999 | S.S.A.P Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad | Pahang |
1999 | S.P.D.K Seri Panglima Darjah Kinabalu | Sabah |
1997 | First Class Order Of Friendship Of DPRK | Democratic People's Republic of Korea. |
1997 | D.G.P.N Darjah Gemilang Pangkuan Negeri | Penang |
1994 | A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant | Kingdom of Thailand |
1994 | Grand Cross Of The Order Of Merit | Chile |
1992 | D.S.S.A Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah | Selangor |
1992 | "Qwang Hwa Chang" Award from Republic of Korea | Republic of Korea |
1991 | Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure | Japan |
1987 | Honorary Doctorate by University of Western Michigan, United States of America | United States of America |
1983 | Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo Hwan | South Korea |
1981 | DM.P.N Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri | Pulau Pinang |
1979 | D.J.N Darjah Johan Negeri | Pulau Pinang |
1974 | K.M.N Kesatria Mangku Negara | Persekutuan |
1971 | A.M.N Ahli Mangku Negara | Persekutuan |
Pengalaman
Tahun | Jawatan |
31 Oktober 2003 | Perdana Menteri |
Jan 1999 - Okt 2003 | Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri |
1999 | Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) |
1991 - 1999 | Menteri Luar Negeri |
1986 - 1987 | Menteri Pertahanan |
1984 - 1986 | Menteri Pendidikan |
1981 - 1984 | Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
1980 - 1981 | Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan |
1978 - 1980 | Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan |
1974 | Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan |
1971 - 1973 | Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan |
1969 - 1971 | Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana Menteri |
1964 - 1969 | Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam |
Tahun | Jawatan |
September 2004 | Presiden UMNO |
May 2000 | Timbalan Presiden UMNO |
1978 - sekarang | Ahli Parlimen Kepala Batas |
1998 | Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang |
1996 | Naib Presiden UMNO |
1993 - 1996 | Ahli Majlis Tertinggi UMNO |
1990 | Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/ Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat |
1984 - 1990 | Naib Presiden UMNO |
1981 | Ahli Majlis Tertinggi UMNO |
1979 | Ketua UMNO – Cawangan Bertam |
1979 | Ketua UMNO – Bahagian Kepala Batas |