Jumaat, April 03, 2009

TERIMA KASIH PAK LAH....

Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.U.K. (Kedah), S.U.M.Z., S.P.M.S., D.B.S.J., S.S.S.J., S.P.S.A, S.S.A.P., D.U.P.N., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.



Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.

Setelah tamat pengajian, Dato’ Seri Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Dato’ Seri Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Dato’ Seri Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974.


Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Dato’ Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan.

Dato' Seri Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Perdana Menteri kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.

Anugerah



Tahun
Nama Anugerah
Daripada
2009
Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2007
D.B.S.J
Dato' Bendahara Seri Jamalullail
Perlis
2007
D.K
Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK)
Pahang
2007
Anugerah Kepimpinan Global Yayasan Napoleon Hill Yayasan Napoleon Hill
2007
Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia
2007
Anugerah Pramuka Lencana Tunas Kencana Indonesia
2006
Doktor Kehormat Teknologi Curtin University of Technology, Australia
2006
D.U.K
Darjah Utama Kedah (DUK) - Datuk Seri Utama
Kedah
2005
S.U.M.Z
Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin
Terengganu
2004
Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004
Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba
2004
D.U.N.M
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) - Datuk Seri Utama
Melaka
2004
D.K.J
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1)
Johor
2003
D.P
Datuk Patinggi Bintang Kenyalang
Sarawak
2003
S.P.S.A
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah
Perak
2001
Honorary Fellowship Institute of Engineers Malaysia
2001
S.S.S.J
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail
Perlis
2000
S.P.N.S
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
2000
S.P.M.S
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
Selangor
1999
Honorary Fellowship London Chartered Institute of Marketing
1999
S.S.A.P
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad
Pahang
1999
S.P.D.K
Seri Panglima Darjah Kinabalu
Sabah
1997
First Class Order Of Friendship Of DPRK Democratic People's Republic of Korea.
1997
D.G.P.N
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
Penang
1994
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Kingdom of Thailand
1994
Grand Cross Of The Order Of Merit Chile
1992
D.S.S.A
Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah
Selangor
1992
"Qwang Hwa Chang" Award from Republic of Korea Republic of Korea
1991
Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure Japan
1987
Honorary Doctorate by University of Western Michigan, United States of America United States of America
1983
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo Hwan South Korea
1981
DM.P.N
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri
Pulau Pinang
1979
D.J.N
Darjah Johan Negeri
Pulau Pinang
1974
K.M.N
Kesatria Mangku Negara
Persekutuan
1971
A.M.N
Ahli Mangku Negara
Persekutuan


Pengalaman



Tahun
Jawatan
31 Oktober 2003 Perdana Menteri
Jan 1999 - Okt 2003 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
1999 Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
1991 - 1999 Menteri Luar Negeri
1986 - 1987 Menteri Pertahanan
1984 - 1986 Menteri Pendidikan
1981 - 1984 Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1980 - 1981 Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan
1978 - 1980 Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1974 Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1971 - 1973 Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1969 - 1971 Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana Menteri
1964 - 1969 Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam


Tahun
Jawatan
September 2004 Presiden UMNO
May 2000 Timbalan Presiden UMNO
1978 - sekarang Ahli Parlimen Kepala Batas
1998 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
1996 Naib Presiden UMNO
1993 - 1996 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1990 Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/ Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat
1984 - 1990 Naib Presiden UMNO
1981 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1979 Ketua UMNO – Cawangan Bertam
1979 Ketua UMNO – Bahagian Kepala Batas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan