Jumaat, Februari 27, 2009

Keajaiban & misteri di gaza??

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52).
Diambil dari :Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
__________________
BERITA PENTING!!!!

Takutilah Allah S.W.T

Selasa, Februari 24, 2009

REUNION SEMENDA!!!TANPA HAD UMUR ASALKAN PELAJAR SEMENDA

http://i253.photobucket.com/albums/hh57/rextosdin/ShoutOut01.jpg

P/S:-Sewaktu kami memasuki SEMENDA CLUB di Friendster...Kami mendapati satu pengumuman iaitu akan berlangsung satu REUNION SEMENDA dimana reunion tanpa had umur ataupun tanpa kira BATCH...dan demi menyahut seruan senior SEMENDA ini jadi kami mengambil satu langkah dengan menyebarkan hebahan ini...Segala maklumat terbaru selepas hebahan ini diterbitkan,sila rujuk SEMENDA CLUB di FRIENDSTER ataupun menghubungi senior senior yang diatas...TERIMA KASIH....(KAMI SEBAGAI JAWATANKUASA BLOG SEMENDA'08 MENYOKONG PENUH HASRAT INI DAN BERHARAP AKAN MENJADI SATU REUNION YANG GILANG GEMILANG)

Ahad, Februari 22, 2009

Permohonan Online Ke IPMa Julai 2009

Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk Sesi Julai 2009 telah dibuka. Ianya terbuka kepada pemohon lepasan SPM/SPMV/Sijil/STPM/Diploma/Setaraf.


Institusi-instutusi Pendidikan MARA terlibat termasuk:
  1. Kolej Profesional MARA (KPM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. German-Malaysian Institute (GMI)
  4. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  5. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Makluman lanjut tentang syarat kemasukan, cara memohon adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan : KPM | KKTM | GMI

Maklumat Tambahan : KPM | KKTM | GMI


Tarikh Tutup: 14 April 2009.

Untuk makluman, urusan penyelarasan permohonan ke IPMa secara berpusat ini dikendalikan oleh Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) .

Berdasarkan iklan pihak MARA, yuran pengajian di IKM/KPM/KKTM adalah percuma!
Semoga Berjaya.

Permohonan Ke IKM dan KKTM Lepasan SPM Sesi Julai 2009

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran MARA (KKTM) bagi Sesi Julai 2009 dibuka secara online mulai Ahad 15 Februari, 2009. Pelawaan ini adalah untuk semua calon kategori lepasan SPM / SPM(V).

Berdasarkan iklan dikeluarkan pihak MARA, semua kursus pengajian diiktiraf oleh JPA dan yuran pengajian adalah percuma!

Kursus-kursus pengajian kemahiran teknikal ditawarkan seperti berikut:

Peringkat Diploma
  • Mekanikal (Pembuatan)
  • Mekanikal (Services)
  • Automotif
  • Seni & Rekabentuk
  • Elektrik
  • Elektronik
Peringkat Sijil
  • Mekanikal (Pembuatan)
  • Mekanikal (Services)
  • Automotif
  • Awam
  • Seni & Rekabentuk
  • Elektrik
  • Elektronik
Cara Membuat Permohonan Online:

Sebagai tambahan maklumat, dicadangkan layari laman-laman web berikut:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi ke Laman Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA di talian : 03-2691 5111 - sambungan ke - 3467 / 3480

Semoga membantu. Selamat berjaya.

Karnival Pendidikan MARA 2009

Karnival Pendidikan MARA kembali lagi menemui kita dengan penyertaan pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Awam (IPTS & IPTA) serta pendidikan MARA (IPMa) yang menawarkan pelbagai info menarik mengenai program-program pengajian dan kerjaya terkini bagi lepasan sekolah dan individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran.

Rujuk tarikh-tarikh dan tempat berikut untuk maklumat lanjut.


ZON TIMUR
7 & 8 Mac 2009 : (Sab & Ahad) 10.00 pg - 6.00 ptg
Kuantan Parade, Kuantan, Pahang

ZON KEBANGSAAN
13 – 15 Mac 2009 : (Jum, Sab & Ahad) : 10.00 pg – 6.00 ptg
Ruang Legar, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Zon SABAH
30 & 31 Mac 2009 : (Isn & Sel) : 9.00 pg - 5.00 ptg
Dewan Persidangan Wisma SESB, Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah

ZON SARAWAK
3 & 4 April 2009 : (Jum & Sab) : 9.00 pg - 5.00 ptg
Sarawak Chamber Ballroom, Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak

ZON SELATAN
11 & 12 April 2009 : (Sab & Ahad) : 10.00 pg - 6.00 ptg
Melaka Mall, Melaka

ZON UTARA
15 & 16 April 2009 : (Rab & Kha) 10.00 pg - 6.00 ptg
Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang


Kunjungilah booth pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian untuk mendapatkan info pendidikan tinggi melalui :-

Info Program Pengajian
  • Info terkini mengenai program-program pengajian pra-u, diploma, ijazah, lepasan ijazah serta profesional daripada institusi pengajian yang mengambil bahagian.
Info Program Latihan Kemahiran
  • Dapatkan maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan kemahiran.
Kaunseling Pendidikan & Kerjaya
  • Dapatkan khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
Temuduga Terbuka
  • Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
Pinjaman Pelajaran
  • Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran.

TERBUKA KEPADA SEMUA & MASUK ADALAH PERCUMA

Untuk keterangan lanjut, hubungi
Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA
03-2691 5111 sambungan 1309 atau 03-26903906/3650
atau faks 03-2692 7386.
www.mara.gov.my

BILAKAH TARIKH KEPUTUSAN SPM 2008 KELUAR????

P/S:-KAMI PASTI RAKAN2 SEMUA PASTI MERaSA PERASAAN YANG SAMA SEPERTI MANA KAMI RASA APABILA ADA KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG IAITU KEPUTUSAN SPM 2008 AKAN KELUAR DALAM MASA TERDEKAT.KAMI MENYEDARI MASALAH INI TELAH MENDAPAT INFO DARI SESEORANG YANG SUDAH LAMA DALAM DUNIA PENDIDIKAN AKAN TARIKH KEPUTUSAN KELUAR.KAMI MENGGUNAKAN TEKNIK cut & paste DARI ARTIKEL KELUARAN BLOG BELIAU INI....



"Mulanya PakTeh hairan juga terdapat beberapa mesej dari pelawat blog yang bertanya bilakah tarikh keputusan SPM | STAM | STPM 2008 akan dikeluarkan pada tahun ini. Sebenarnya tarikh itu - hanya pihak Kementerian Pelajaran yang tentukan. Siapalah PakTeh.. manalah PakTeh nak tahu.

Tarikh keputusan sebenar akan diumumkan secara rasmi di akhbar utama atau media elektronik, biasanya oleh Menteri Pelajaran Malaysia atau Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Bagaimanapun, bolehlah PakTeh kongsikan sedikit panduan bilakah tarikh keputusan itu untuk tahun ini.

Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM - STPM - STAM : Tahun 2006
  • SPM : 12 Mac, 2007
  • STAM : 12 Mac, 2007
  • STPM : 15 Mac, 2007
Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM - STPM - STAM : Tahun 2007
  • STPM: 11 Mac, 2008
  • SPM : 12 Mac, 2008
  • STAM : 12 Mac, 2008
Tarikh keputusan tahun-tahun lalu bukan untuk diramal atau dibuat spekulasi. Cukup sekadar sebagai gambaran bila waktunya bagi lepasan SPM | STPM | STAM 2008 lalu yang berada jauh dari kampung halaman untuk bersiap sedia meraih hasil usaha pembelajaran selama ini. Nampak kan? Ianya hanya antara 10 dan 15 Mac bagi 2 tahun lalu. Tahun ini.. ? Samada tarikh itu sama, lebih awal atau lebih lewat, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui seluruh alam"

Sabtu, Februari 21, 2009

"TekA tEki TeKa tEkUk"

Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…


Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Hampeh.

Isnin, Februari 16, 2009

Penyebab Rosaknya Badan


Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

oleh:Helmi 91

SeDiKiT fAkTa tEnTaNg YaHuDi lAkNaTuLlAh


Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel? KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud.


Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin
adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.


YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin). KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan.


Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770
kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.


KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh
banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu. Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja. Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:"Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi". DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.


Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu. 1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak. 9 ? 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan. 11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati. 15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.


BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..

By:HELMI 91

Sabtu, Februari 14, 2009

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI AKAUN (SSPN)???


DEFINISI:


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

OBJEKTIF:



>Membantu ibu bapa membuat perancangan kewangan yang rapi bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.
>Menanam budaya dan tabiat suka menabung di kalangan ibu bapa dan pelajar.
>Mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar terutamanya yang berpendapatan rendah.


KEISTIMEWAAN:


SSPN menawarkan keistimewaan berikut:

Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:
o Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi RM2,000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM3,000; dan

o Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM500.(Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimanapun pemohon pinjaman diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20 sebelum layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN)
Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun;
Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;
Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Kemudahan menyimpan di lebih 1,000 ejen kutipan SSPN; dan
Kemudahan simpanan melalui:


o Potongan gaji bagi kakitangan Kerajaan dan swasta;
o Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa;
o Debit terus (auto debit) - Bank Pertanian Malaysia dan Maybank;
o Arahan tetap - Bank Simpanan Nasional; atau
o Simpanan secara “online” e-SSPN – khusus bagi pelanggan Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank dan Maybank.

* Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.

** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.


KAEDAH PEMBUKAAN:


Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan agen kutipan deposit di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:• Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;• Salinan Sijil Kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Penerima Manfaat; dan• Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka) * Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini serta salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan


KATEGORI HAD UMUR:


Kategori 1: Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara yang lain untuk mana-mana warganegara yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun


Kategori 2: Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.


Kategori 3: Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka

SEMENDA TUAN RUMAH KEJOHANAN BERPRESTIJ

Buat julung kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah telah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar di dalam mengendalikan majlis pembukaan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia yg berlangsung pada 14 februari 2009 di Stadium Terbuka Tampin.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran beberapa kenamaan daripada pihak kementerian dan wakil FAM.Selain itu semua guru yang terlibat menunjukkan kerjasama yang tinggi contohnya kejayaan Cikgu Sahak mengendalikan majlis disulami ayat pembuka
bicaranya yang sedap didengari.

Semua penghuni asrama begitu bersemangat memberikan tepukan dan sorakan semangat kepada pasukan tuan rumah iaitu Negeri Sembilan sehingga tidak perasan kehadiran beberapa orang mantan exco 2007-2008 yang turut hadir memberikan sokongan.

Diharapkan SEMENDA semakin sukses di dalam meniti kejayaan di hari mendatang memandangkan keadaan sekolah kian berubah sejak kehadiran "tetamu baru".


oleh:Helmi 91

Jumaat, Februari 06, 2009

CIKGU KEGEMARAN/KESAYANGAN ANDA??






Mungkin tajuk ini nampak seperti biasa sahaja tetapi jika diperhati ia membawa banyak makna.Mungkin cikgu kesayangan anda itu membuatkan anda rajin pergi ke kelas,mungkin cikgu itu membuatkan anda berubah dari imej seorang pelajar yang hanya datang ke sekolah untuk 'cukup syarat' kepada yang lebih terampil??

Semua anda boleh kemukakan pandangan dan komen anda,tiada caj dikenakan mahupun caj tersembunyi tetapi pastikan komputer anda mempunyai internet..jika tidak anda gagal memasuki blog ini..

p/s:: ANDA HANYA KLIK ULASAN DI BAWAH INI UNTUK MEMBERI PANDANGAN...

Selasa, Februari 03, 2009

AZIZI AIMAN KEMALANGAN
















SALAM HORMAT,

Disini ada berita mendukacitakan sedikit apabila sahabat kita,saudara Azizi Aiman telahterbabit dalam kemalangan.Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggani beliau terbabas sebaik sahaja kereta di hadapan berhenti secara tiba-tiba.Kejadian ini berlaku apabila beliau sedang dalam pejalanan ke latihan silat dengan menaiki motosikal

Beliau sekarang ini masih dirawat di Hospital Ampang Putri.Kecederaan sedikit berlaku di tulang belakang beliau.Sewaktu dimasukkan ke Hospital beliau tidak boleh bangun namun atas iktihar dan usaha yang kuat,beliau kini sudah beransur pulih..

Kami berharap agar Azizi Aiman segera sembuh dan dapat menjalankan hidup seperti sediakala

Isnin, Februari 02, 2009

PANDUAN PERMOHONAN APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE)

http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/images/carta_online0910.gif

SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA

Disini dapat sedikit maklumat rentang soalan-soalan lazim kemasukan ke IPTA

Permohonan

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?
Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web upu.mohe.gov.my

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian :-

1.Pesanan secara pukal melalui sekolah atau
2.Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan

5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Lepasan STPM/Setaraf Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2009

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Pemohon hanya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini digunakan, pemohon tidak boleh lagi membuat pengubahsuaian maklumat.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
Tidak dibenarkan.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Peseruh Jaya Sumpah.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?
Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

  1. Internet :
    - http://upu.mohe.gov.my
    - http://www.jpt.uum.edu.my
    - http://www.jpt.utm.my
  1. SMS Taip UPU dan hantar ke 15888
  2. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)

16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami:

- upu@mohe.gov.my

Aplikasi Dalam Talian

17. Adakah kata laluan atau nama ibu perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan?
Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan empat elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara ‘alphanumeric’ dan nama ibu perlulah ringkas dan mudah untuk diingati oleh anda sekiranya terlupa kata laluan.

18. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT atau melalui MySms dengan memberi nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada kaunselor Kolej Matrikulasi, Pegawai PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

19. Saya membeli Nombor Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN dan apakah ciri-ciri keselamatan yang diterapkan dalam Aplikasi Dalam Talian ini?
Tiada sebarang kesilapan Nombor Unik ID yang dihasilkan oleh BSN walaupun anda mendapati Nombor Unik ID anda sama dengan rakan anda, dan ini adalah kerana semua penghasilan Nombor Unik ID adalah berdasarkan Nombor Kad Pengenalan.

Bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

20. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

KH03 - Sarjana Muda Senibina #

21. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan, Slip Keputusan dan sebagainya kepada IPTA atau BPKP JPT?
Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA atau BPKP JPT walaupun memilih program pengajian yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan dokumen/sijil asal ketika menghadiri temu duga.

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah diterima atau belum oleh sistem ialah dengan membuat semakan di menu semakan.

24. Semasa permohonan Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan semester kedua untuk memperolehi keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/ PASUM, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama dan setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka berdasarkan keputusan sebenar.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Adakah pemohon wajib menduduki ujian MEdSI dan Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai 10 April 2009 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my

SOKONGAN KEPADA PEJUANG DAN PENDUDUK PALESTIN

Kami mantan pelajar-pelajar SEMENDA sesi 2004-2008 menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin dan Pejuang demi membebaskan tanah air mereka dari kecaman Zionis

Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Israel keatas Gaza dan berharap agar Dunia Arab lebih berani dan terampil dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin..

KATA-KATA ALUAN

ALHAMDULLILAH,

Setelah berbincang akhirnya satu kata putus dicapai apabila satu blog khas atau lebih dikenali sebagai laman rasmi bagi bekas-bekas atau mantan pelajar SEMENDA dicipta.

Buat masa terdekat,blog ini masih dalam penambahbaikan dari segi material,dn saya berharap sesiapa pelajar SEMENDA yang terbuka blog ini sama ada sengaja atau tidak maka bolehlah bagi komen terhadap cadangan pembukaan blog ini terutama pelajar SPM 2008.

Buat pengetahuan semua satu jawatankuasa akan ditubuhkan sempena Blog ini dan Yang Dipertua sudah diketahui.

Blog ini juga akan menjadi saluran info seperti kemasukan ke Ipta.Umum mengetahui blog ini bukan direka atau dibuat dari seorang yang berkelulusan dalam bidang komputer jadi saya mengharapkan anda boleh menerima dengan seadanya

Sebarang komen boleh di e-mail ke semenda08@yahoo.com.my..


WASSALAM...