Sabtu, Februari 14, 2009

SEMENDA TUAN RUMAH KEJOHANAN BERPRESTIJ

Buat julung kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah telah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar di dalam mengendalikan majlis pembukaan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia yg berlangsung pada 14 februari 2009 di Stadium Terbuka Tampin.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran beberapa kenamaan daripada pihak kementerian dan wakil FAM.Selain itu semua guru yang terlibat menunjukkan kerjasama yang tinggi contohnya kejayaan Cikgu Sahak mengendalikan majlis disulami ayat pembuka
bicaranya yang sedap didengari.

Semua penghuni asrama begitu bersemangat memberikan tepukan dan sorakan semangat kepada pasukan tuan rumah iaitu Negeri Sembilan sehingga tidak perasan kehadiran beberapa orang mantan exco 2007-2008 yang turut hadir memberikan sokongan.

Diharapkan SEMENDA semakin sukses di dalam meniti kejayaan di hari mendatang memandangkan keadaan sekolah kian berubah sejak kehadiran "tetamu baru".


oleh:Helmi 91

Tiada ulasan:

Catat Ulasan