Sabtu, Februari 14, 2009

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI AKAUN (SSPN)???


DEFINISI:


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

OBJEKTIF:



>Membantu ibu bapa membuat perancangan kewangan yang rapi bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.
>Menanam budaya dan tabiat suka menabung di kalangan ibu bapa dan pelajar.
>Mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar terutamanya yang berpendapatan rendah.


KEISTIMEWAAN:


SSPN menawarkan keistimewaan berikut:

Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:
o Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi RM2,000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM3,000; dan

o Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM500.(Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimanapun pemohon pinjaman diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20 sebelum layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN)
Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun;
Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;
Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Kemudahan menyimpan di lebih 1,000 ejen kutipan SSPN; dan
Kemudahan simpanan melalui:


o Potongan gaji bagi kakitangan Kerajaan dan swasta;
o Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa;
o Debit terus (auto debit) - Bank Pertanian Malaysia dan Maybank;
o Arahan tetap - Bank Simpanan Nasional; atau
o Simpanan secara “online” e-SSPN – khusus bagi pelanggan Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank dan Maybank.

* Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.

** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.


KAEDAH PEMBUKAAN:


Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan agen kutipan deposit di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:• Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;• Salinan Sijil Kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Penerima Manfaat; dan• Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka) * Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini serta salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan


KATEGORI HAD UMUR:


Kategori 1: Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara yang lain untuk mana-mana warganegara yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun


Kategori 2: Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.


Kategori 3: Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan