Ahad, Februari 22, 2009

BILAKAH TARIKH KEPUTUSAN SPM 2008 KELUAR????

P/S:-KAMI PASTI RAKAN2 SEMUA PASTI MERaSA PERASAAN YANG SAMA SEPERTI MANA KAMI RASA APABILA ADA KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG IAITU KEPUTUSAN SPM 2008 AKAN KELUAR DALAM MASA TERDEKAT.KAMI MENYEDARI MASALAH INI TELAH MENDAPAT INFO DARI SESEORANG YANG SUDAH LAMA DALAM DUNIA PENDIDIKAN AKAN TARIKH KEPUTUSAN KELUAR.KAMI MENGGUNAKAN TEKNIK cut & paste DARI ARTIKEL KELUARAN BLOG BELIAU INI....



"Mulanya PakTeh hairan juga terdapat beberapa mesej dari pelawat blog yang bertanya bilakah tarikh keputusan SPM | STAM | STPM 2008 akan dikeluarkan pada tahun ini. Sebenarnya tarikh itu - hanya pihak Kementerian Pelajaran yang tentukan. Siapalah PakTeh.. manalah PakTeh nak tahu.

Tarikh keputusan sebenar akan diumumkan secara rasmi di akhbar utama atau media elektronik, biasanya oleh Menteri Pelajaran Malaysia atau Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Bagaimanapun, bolehlah PakTeh kongsikan sedikit panduan bilakah tarikh keputusan itu untuk tahun ini.

Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM - STPM - STAM : Tahun 2006
  • SPM : 12 Mac, 2007
  • STAM : 12 Mac, 2007
  • STPM : 15 Mac, 2007
Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM - STPM - STAM : Tahun 2007
  • STPM: 11 Mac, 2008
  • SPM : 12 Mac, 2008
  • STAM : 12 Mac, 2008
Tarikh keputusan tahun-tahun lalu bukan untuk diramal atau dibuat spekulasi. Cukup sekadar sebagai gambaran bila waktunya bagi lepasan SPM | STPM | STAM 2008 lalu yang berada jauh dari kampung halaman untuk bersiap sedia meraih hasil usaha pembelajaran selama ini. Nampak kan? Ianya hanya antara 10 dan 15 Mac bagi 2 tahun lalu. Tahun ini.. ? Samada tarikh itu sama, lebih awal atau lebih lewat, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui seluruh alam"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan